Jangan berurusan dengan pembekal senjata kepada jenayah genosid di Palestin: Gugurkan segera syarikat ketenteraan yang bersubahat dengan rejim Zionis Israel dalam membunuh rakyat Palestin dari NATSEC 2024

Syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan dan senjata kepada rejim Zionis Israel telah mengaut keuntungan lumayan daripada kematian dan penderitaan rakyat Palestin yang berlarutan lebih tiga suku abad. Berurusan dengan syarikat-syarikat sebegini akan terus membolehkan rejim Zionis Israel menzalimi rakyat Palestin.