PSM menggesa kerajaan Indonesia untuk mengambil tindakan yang bertanggungjawab, segera, telus dan berkesan supaya menangani masalah jerebu rentas sempadan yang membelenggu rakyat jelata di rantau Nusantara.
Kerajaan Malaysia telah melucutkan hak kita untuk udara bersih
PSM sekali lagi mendesak kerajaan Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menangani jerebu rentas sempadan secara tuntas.
Wajibkan WFH dan sediakan bantuan p-hailing jika IPU cecah 200
Kerajaan perlu menetapkan garis panduan tegas bahawa apabila IPU mencecah 200, semua pekerja yang boleh melaksanakan tugas dari rumah (WFH) wajib dibenarkan bekerja secara dalam talian tanpa pemotongan gaji atau tindakan disiplin.
Lindungi hak kita untuk udara bersih – Tangani punca utama jerebu rentas sempadan buat selama-lamanya
Meskipun pencemaran jerebu menjadi semakin teruk pada tahun ini, kerajaan Malaysia tidak menunjukkan usaha untuk bertindak segera supaya menangani isu ini secara tuntas.
4 kerajaan negeri nafikan hak rakyat dan abaikan kebajikan rakyat dalam hal ehwal alam sekitar
PSM mengecam keputusan kerajaan negeri di Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang yang enggan menerima pakai dua peruntukan dalam Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, sekali gus menafikan penglibatan rakyat dalam hal ehwal alam sekitar dan pembangunan negeri serta mengabaikan kebajikan rakyat dengan serius.
Penduduk Tanjung Bungah tuntut jawapan mengenai cadangan taman awam semula jadi: Pelihara khazanah alam dan dengar suara rakyat dalam pembinaan taman awam
“Ini ialah taman awam, bukannya taman pemaju! Reka bentuk taman awam ini harus melibatkan orang awam. Jika taman awam ini adalah untuk orang awam, maka orang awam harus terlibat dalam proses reka bentuknya.”
Banjir lumpur sempadan Nepal-China: Impak ngeri krisis iklim yang terbaru
Dengan dunia semakin panas dan cuaca semakin sukar diramalkan, di samping kesan perubahan iklim yang berlaku secara beransur-ansur sehingga ia menjelma ke dalam bencana ngeri seperti kejadian banjir kilat dan gelongsoran lumpur di Nepal-China baru-baru ini, masyarakat dunia semakin terdesak untuk membangunkan keupayaan untuk menghadapi bencana alam, mengurangkan kesannya dan mencegah bencana yang seterusnya.
MBI harus ambil tindakan segera terhadap lori sampah terbuka dan kebocoran air larut lesap di Jalan Ipoh-Lumut
PSM Parlimen Batu Gajah mendesak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya mengambil tindakan segera terhadap isu lori sampah yang membawa muatan secara terbuka serta dipercayai membocorkan air larut lesap sisa sampah ke atas Jalan Ipoh-Lumut ketika dalam perjalanan menuju ke Tapak Pelupusan Lahat-Papan.
Utamakan laluan basikal
Laluan basikal harus diutamakan di jalan raya di bandar-bandar di Malaysia. Basikal ialah satu mod pengangkutan yang sangat bermanfaat.
PSM bantah perlombongan unsur nadir bumi di Jelebu
PSM membantah cadangan perlombongan unsur nadir bumi di daerah Jelebu, Negeri Sembilan, yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar.
