Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini, Sosialis.net akan menganjurkan satu pameran poster atas talian untuk mengetengahkan aspirasi perjuangan pekerja di negara kita. Oleh yang demikian, kami ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk menyumbangkan reka bentuk poster.
“Mara ke depan untuk yang tercinta”: Lagu Internasionale untuk Asia
Budaya popular Korea Selatan memang amat berpengaruh di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia, dengan sebaran luas siri drama Korea, filem Korea dan muzik K-pop. Namun, pernahkah anda dengar lagu perjuangan rakyat Korea yang paling popular?
Konsert atas talian pertahankan kebebasan, keterangkuman dan suara golongan terpinggir – Catatan Malam Marhaen
Malam Marhaen, sebuah konsert atas talian, memastikan bahawa barisan artis adalah inklusif dan mencerminkan demografik Malaysia dengan kepelbagaian masyarakat.
“Squid Game”: Mobiliti sosial yang penuh keganasan dalam kapitalisme
Di sebalik visual yang mempersonakan, adegan aksi yang mendebarkan, jalan cerita yang menarik dan persembahan dramatik untuk tragedi yang menyayat hati, siri drama “Squid Game” cuba meneroka dan mengupas isu-isu sosial yang bukan sahaja menyentuh hati penonton di Korea Selatan, tetapi juga mewujudkan gema dalam kalangan masyarakat umum di peringkat global. Siri drama ini mempersembahkan ilustrasi realiti kehidupan ramai orang pada hari ini: kesusahan hidup dalam sistem kapitalis, perampasan sifat kemanusiaan daripada manusia di bawah suasana persaingan ekonomi, dan percanggahan kelas masyarakat yang membiak pelbagai masalah yang lain.
Tontonilah dokumentari “Bila Kami Bersatu” di YouTube
“Kesatuan ada dalam tangan kami. Syarikat semakin takut. Pekerja sudah bangkit. Hidup Kesatuan!” Anda kini boleh menonton dokumentari penuh “Bila Kami Bersatu” di saluran YouTube.
Tahun Baharu Cina dan Revolusi China
Tahukah anda, tokoh revolusi China moden, Sun Yat-sen, pernah berhasrat untuk menghapuskan sambutan “Tahun Baharu Cina”? Perayaan Tahun Baharu Cina ialah perayaan yang penting untuk masyarakat Cina di seluruh dunia. Ia menyambut permulaan tahun yang baharu dalam kalendar tradisional masyarakat Cina. Kalendar tradisional masyarakat Cina juga dikenali sebagai “Nong Li” yang membawa maksud “Kalender Pertanian”, … Continue reading Tahun Baharu Cina dan Revolusi China
Pameran online poster anti-imperialis (Siri 4) – Perang Hibrid
Perang Hibrib, oleh Daniela Ruggeri (Argentina), Tricontinental: Institute for Social Research Siri Keempat Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 3 Disember 2020. Edisi terakhir dalam siri Pameran Poster Anti-imperialis ini membawa tema “Perang Hibrid”. Ia menampilkan sumbangan poster daripada 30 orang … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 4) – Perang Hibrid
Pameran online poster anti-imperialis (Siri 3) – IMPERIALISME
Imperialisme, oleh Ingrid Neves (Brazil), Tricontinental: Institute for Social Research Siri Ketiga Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 1 Oktober 2020, bersempena dengan Minggu Aksi Anti-Imperialis yang diadakan pada 5-10 Oktober 2020. Siri ketiga daripada empat Pameron Poster Anti-Imperialis yang bertemakan … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 3) – IMPERIALISME
Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME
Siri Kedua Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 30 Julai 2020. Siri kedua daripada empat Pameran Poster Anti-Imperialis yang bertemakan "Neoliberalisme" ini, menghimpunkan karya seni poster daripada 59 orang artis dari 27 buah negara dan 20 buah organisasi. (Siri pertama untuk … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 2) – NEOLIBERALISME
Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME
Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah melancarkan Siri Pameran Poster Anti-Imperialis secara atas talian. (Baca Deklarasi Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa di sini.) Siri pertama untuk pameran poster atas talian ini bermula pada 11 Jun 2020. Dalam siri yang bertemakan “Kapitalisme” ini, dipamerkan poster-poster yang direkacipta oleh 77 orang artis … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME