Bank RHB keji dan kejam!

Membeli sebuah rumah merupakan tanggungan kewangan yang besar bagi kebanyakan keluarga kelas pekerja. Sebahagian besar daripada pendapatan keluarga digunakan untuk membayar balik pinjaman. Jika kita mengandaikan bahawa secara puratanya, suami Puan K memperoleh pendapatan sebanyak 2.4 kali ganda gaji minimum, maka jumlah pendapatannya dari tahun 2007 hingga kematiannya pada 2023 dianggarkan kira-kira RM538,560. RM105,000 bersamaan dengan 19.5% daripada jumlah pendapatan itu. Bukankah pihak bank patut menghargai pengorbanan dan komitmen sedemikian, serta berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan perampasan harta pembeli rumah yang telah bersusah payah — dengan keringat dan air mata — demi memenuhi kewajipan pembayaran balik pinjaman mereka?

Pengundi Skudai berpeluang untuk cetuskan perubahan

Pilihan raya bukan sekadar menentukan siapa yang menang atau kalah. Ia menentukan jenis politik yang ingin kita bina untuk masa hadapan. Jika rakyat terus memilih berdasarkan slogan dan sentimen semata-mata, politik kita mungkin tidak banyak berubah. Tetapi jika pengundi mula menilai calon berdasarkan rekod, prinsip dan keberanian dalam mempertahankan kepentingan rakyat, demokrasi kita akan menjadi lebih matang

Strategi “RESET” KKM yang bermasalah

Sistem kesihatan sesebuah negara mencerminkan semangat negara itu - sejauh mana kita menunjukkan belas kasihan kepada pesakit, orang tua dan orang miskin? Sama ada kita membina sebuah sistem berasaskan solidariti yang memastikan setiap orang memperoleh penjagaan kesihatan yang diperlukan mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka? Adakah kita melakukan secukupnya untuk menyokong pertugas kesihatan dalam sektor awam yang kini sedang bekerja dengan waktu yang terlalu panjang untuk berkhidmat kepada pesakit mereka?