Anwar bukan Malaysia. Najib bukan Malaysia. Mana-mana Perdana Menteri bukan Malaysia. Mana-mana parti politik juga bukan Malaysia. Malaysia ialah rakyatnya dan institusinya.
Erti merdeka
Kemerdekaan bukannya sekadar bermakna sesebuah negara itu mempunyai wilayahnya sendiri, kerajaannya sendiri, bendera kebangsaannya sendiri dan negara kebangsaannya sendiri. Ia adalah lebih daripada itu. Sebuah negara yang merdeka ialah sebuah negara yang bebas daripada cengkaman kuasa imperialis kapitalis, dengan rakyatnya bebas dalam menentukan nasib mereka sendiri dan mentadbir urus mereka sendiri secara bersama tanpa campur tangan kuasa asing.
“Dari Rakyat, Untuk Rakyat”: Kongres Nasional PSM ke-28 akan diadakan di Selayang
PSM akan mengadakan Kongres Nasional yang ke-28 pada 21-23 Ogos 2026 di Selayang, Selangor.
DAP perlu nilai semula prestasi kerajaan, bukan sekadar putuskan untuk kekal dalam kerajaan
Rakyat tidak menilai sesebuah parti berdasarkan slogan semata-mata. Rakyat menilai berdasarkan tindakan dan hasil yang dapat dirasai dalam kehidupan seharian. Kos sara hidup, gaji yang tidak seimbang dengan kenaikan harga barang, peluang pekerjaan, perumahan mampu milik, pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan awam dan pelaksanaan reformasi institusi masih menjadi antara isu utama yang dihadapi rakyat.
Pilihlah Sosialis untuk kesaksamaan di Skudai
Hanya sistem ekonomi SOSIALIS yang membela hak orang miskin dan menjamin hak semua orang secara saksama. Ini kerana sistem ekonomi sosialis mengagihkan semula keuntungan syarikat dengan lebih saksama mengikut keperluan.
Pengundi Skudai berpeluang untuk cetuskan perubahan
Pilihan raya bukan sekadar menentukan siapa yang menang atau kalah. Ia menentukan jenis politik yang ingin kita bina untuk masa hadapan. Jika rakyat terus memilih berdasarkan slogan dan sentimen semata-mata, politik kita mungkin tidak banyak berubah. Tetapi jika pengundi mula menilai calon berdasarkan rekod, prinsip dan keberanian dalam mempertahankan kepentingan rakyat, demokrasi kita akan menjadi lebih matang
Ahli politik tidak harus membangkitkan ketakutan berasaskan perkauman
Rakyat harus lebih matang dalam memilih wakil rakyat dan menolak penggunaan sentimen perkauman dalam meraih undi semasa pilihan raya.
Polis harus siasat Nga Kor Ming atas salah guna kuasa untuk sogok pengundi
Polis harus menyiasat Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, atas tindakannya yang menyalahgunakan kuasa Menteri untuk menyogok pengundi dan mempengaruhi pilihan raya.
Tegakkan martabat rakyat, beri peluang kepada calon PSM untuk jadi ADUN Johor
Kita perlukan ADUN yang berani bercakap benar, yang memihak kepada rakyat biasa, yang tidak perlu menjaga kepentingan mana-mana pihak atasan.
PSM tawarkan jalan keluar berpaksikan perjuangan kelas dan keadilan sosial
PSM menegaskan bahawa selagi sistem ekonomi kita memperlakukan keperluan asas manusia — seperti bumbung di atas kepala, ubat-ubatan di hospital dan pendidikan anak-anak — sebagai komoditi untuk diperdagangkan dan dikaut keuntungan, selagi itulah rakyat marhaen akan terus ditindas.
