Bagi PSM, inilah isu-isu yang penting – kebajikan petani kecil, jaminan makanan untuk rakyat Malaysia dan penyaluran pulangan daripada tanah kerajaan kepada program-program yang memanfaatkan rakyat marhaen di Perak. Adalah harapan PSM bahawa orang ramai akan mengambil pendirian yang rasional dan berprinsip dalam menganalisis isu-isu masyarakat yang timbul dari semasa ke semasa, dan elak daripada reaksi yang bersifat sentiment etnik. Kita hanya akan berjaya mewujudkan masyarakat yang adil dan harmoni jika kita mengasaskan analisis dan tindakan kita atas pemikiran objektif dan prinsip-prinsip kemanusiaan.
Durian yang berduri
Jabatan Perhutanan dan Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak menebang habis kebun durian di Raub baru-baru ini. Ini sekali lagi mengundang perhatian masyarakat terhadap petani durian di Raub. Sama ada tindakan tersebut melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan pada tahun yang lalu, Kerajaan Negeri dan petani-petani adanya pendirian yang masing-masing.
Gabungan Petani Perak lancar Kempen “Kekalkan Tanah untuk Pertanian” demi Jaminan Makanan Rakyat
Gabungan Petani dan Penternak Perak, bersama-sama dengan PSM Perak, melancarkan kempen “Kekalkan Tanah untuk Pertanian” untuk melindungi punca pendapatan petani-petani kecil dan mempertahankan jaminan makanan rakyat.
Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (6 April 2021) untuk menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tumbuhan yang boleh meningkatkan harga benih dan memiskinkan petani. Berikut ialah kenyataan penuh FKMM: Forum Kedaulatan Makanan Malaysia khuatir kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kualiti … Continue reading Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih
Jangan lanjutkan konsesi monopoli BERNAS
oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak melanjutkan monopoli konsesi BERNAS yang akan menyebabkan pesawah, pengilang kecil dan rakyat terus merana demi keuntungan BERNAS. Pada ketika ini, pemborong tempatan mengenal pasti dan merunding harga daripada penjual Vietnam dan Thailand, tetapi perlu mengimport ke Malaysia melalui BERNAS. Kadar … Continue reading Jangan lanjutkan konsesi monopoli BERNAS
India: Protes bantah undang-undang anti-petani
Ratusan ribu petani dan pekerja di India berganding bahu untuk mengadakan aksi mogok besar-besaran di seluruh negara itu pada 25 September 2020 dalam gelombang demonstrasi terbaru, untuk membantah tiga rang undang-undang yang diluluskan secara tergesa-gesa dalam parlimen dalam seminggu yang lalu. Petani-petani berprotes kerana rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan BJP di bawah pimpinan Narendra … Continue reading India: Protes bantah undang-undang anti-petani
Pelanjutan konsesi BERNAS memudaratkan pesawah dalam negara
oleh Sharan Raj Pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Sri Dr. Ronald Kiandee untuk melanjutkan konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport beras tunggal selepas konsesi yang sedia ada berakhir bulan Januari 2021 akan memudaratkan pesawah dalam negara dan pengilang beras tempatan. Kadar untung daripada hasil jualan beras import dari Thailand dan Vietnam sangat … Continue reading Pelanjutan konsesi BERNAS memudaratkan pesawah dalam negara
Kecewa tiada wakil penghasil makanan dalam MPPN
oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kesal dengan perlantikan anggota Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) yang tidak melibatkan pesawah, petani, nelayan dan penternak. Menteri Pertanian seharusnya melantik wakil daripada golongan pesawah, petani, nelayan dan penternak yang sedang bertungkus-lumus menghasilkan stok makanan negara. Namun, Menteri Pertanian melantik kapitalis, pengimport makanan dan orang tengah yang … Continue reading Kecewa tiada wakil penghasil makanan dalam MPPN
Pertahankan kedaulatan pertanian negara
(Berikut ialah kenyataan media PSM bersempena dengan Hari Benih Antarabangsa yang jatuh pada 26 April setiap tahun.) oleh Sharan Raj Krisis COVID-19 telah menunjukkan kepentingan kedaulatan makanan selepas negara asing enggan menjual makanan kepada Malaysia. Selama dua dekad, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menekankan kepentingan melindungi petani tempatan untuk mengelakkan situasi sebegini. Petani di Malaysia terus … Continue reading Pertahankan kedaulatan pertanian negara
Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil
Petani-petani dan penternak-penternak di Semenanjung Malaysia telah mengemukakan tuntutan bersama kepada Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang sedang mengendalikan krisis wabak COVID-19, dengan seruan supaya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk melindungi rezeki mereka dan memastikan jaminan makanan untuk semua rakyat. Dalam memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri pada 23 April 2020, … Continue reading Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil