Jangan politikkan pemeliharaan warisan negara

Pemeliharaan bangunan bersejarah dan institusi masyarakat merupakan kepentingan awam yang perlu diberikan perhatian. Undang-undang tanah tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai alat untuk memaksimumkan kutipan hasil kerajaan melalui kadar premium standard. Pentadbiran tanah juga perlu mengambil kira kepentingan masyarakat, pemeliharaan aset warisan dan manfaat sosial yang berterusan.

Adakah Kerajaan Negeri Perak kenakan cukai tanah ke atas semua klinik dan hospital awam? Desakan rektifikasi amalan kutipan demi kesihatan rakyat

Satu persoalan mendasar dalam dasar pentadbiran tanah di negeri Perak hari ini adalah kewajaran mengenakan cukai tanah berkuantiti penuh ke atas premis kesihatan awam milik Kerajaan Persekutuan. Sungguhpun amalan ini telah wujud sekian lama, ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh direktifikasi atau diselaraskan semula mengikut keadaan dan keperluan semasa.

DAP perlu nilai semula prestasi kerajaan, bukan sekadar putuskan untuk kekal dalam kerajaan

Rakyat tidak menilai sesebuah parti berdasarkan slogan semata-mata. Rakyat menilai berdasarkan tindakan dan hasil yang dapat dirasai dalam kehidupan seharian. Kos sara hidup, gaji yang tidak seimbang dengan kenaikan harga barang, peluang pekerjaan, perumahan mampu milik, pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan awam dan pelaksanaan reformasi institusi masih menjadi antara isu utama yang dihadapi rakyat.