oleh Sharan Raj

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kesal dengan perlantikan anggota Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) yang tidak melibatkan pesawah, petani, nelayan dan penternak.

Menteri Pertanian seharusnya melantik wakil daripada golongan pesawah, petani, nelayan dan penternak yang sedang bertungkus-lumus menghasilkan stok makanan negara.

Namun, Menteri Pertanian melantik kapitalis, pengimport makanan dan orang tengah yang tidak terlibat secara langsung dalam sektor asas pertanian negara.

Malah, ramai ahli akademik yang dilantik ke dalam MPPN tidak terlibat atau memiliki pengetahuan tentang realiti sektor pertanian negara.

Sudah hampir 40 tahun, dasar pertanian Kerajaan Persekutuan telah gagal memastikan kedaulatan makanan negara sehingga import makanan mencecah lebih RM50 bilion setahun.

Malaysia telah hilang kedaulatan makanan kerana Putrajaya melantik individu bersifat elitis yang membuat dasar pertanian yang sangat teruk.

Sewajarnya, MPPN dianggotai oleh golongan penghasil makan seperti pesawah, petani, nelayan dan penternak untuk merangka polisi yang inklusif supaya memperkasakan sektor pertanian.

Kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kedaulatan makanan negara akan berterusan tanpa pemahaman realiti tengtang pertanian daripada perspektif penghasil makanan.

==========

M. Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *