oleh Sharan Raj

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak melanjutkan monopoli konsesi BERNAS yang akan menyebabkan pesawah, pengilang kecil dan rakyat terus merana demi keuntungan BERNAS.

Pada ketika ini, pemborong tempatan mengenal pasti dan merunding harga daripada penjual Vietnam dan Thailand, tetapi perlu mengimport ke Malaysia melalui BERNAS. Kadar “mark-up” (tokokan harga) BERNAS untuk membawa masuk beras dari Thailand dan Vietnam adalah antara 23% hingga 42%. Sistem “Ali-Baba” yang menguntungkan BERNAS ini menyebabkan ia bersikap melepas batuk di tangga dalam memperkasakan sektor pesawah tempatan.

BERNAS juga terus melindungi anak syarikat dan perkongsiannya (JV) sehinggakan pengilang beras kecil telah muflis. Penutupan pengilang beras kecil telah meningkatkan pengangguran dan kemiskinan di luar bandar.

Kerajaan harus mewujudkan Lembaga Padi Beras untuk mengambilalih semula pengurusan padi-beras agar keuntungan dapat memanfaatkan sektor pesawah negara dari segi:

  1. Memperkasakan tali air dan perparitan tanah pertanian;
  2. Meningkatkan harga lantai hasil padi untuk pesawah;
  3. Mengurangkan kemiskinan luar bandar.

===========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *