Jangan pakai kaca mata etnik dalam analisis isu pengusiran petani

Bagi PSM, inilah isu-isu yang penting – kebajikan petani kecil, jaminan makanan untuk rakyat Malaysia dan penyaluran pulangan daripada tanah kerajaan kepada program-program yang memanfaatkan rakyat marhaen di Perak. Adalah harapan PSM bahawa orang ramai akan mengambil pendirian yang rasional dan berprinsip dalam menganalisis isu-isu masyarakat yang timbul dari semasa ke semasa, dan elak daripada reaksi yang bersifat sentiment etnik. Kita hanya akan berjaya mewujudkan masyarakat yang adil dan harmoni jika kita mengasaskan analisis dan tindakan kita atas pemikiran objektif dan prinsip-prinsip kemanusiaan.   

Durian yang berduri

Jabatan Perhutanan dan Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak menebang habis kebun durian di Raub baru-baru ini. Ini sekali lagi mengundang perhatian masyarakat terhadap petani durian di Raub. Sama ada tindakan tersebut melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan pada tahun yang lalu, Kerajaan Negeri dan petani-petani adanya pendirian yang masing-masing.