logo-BERNAS-Padiberas-Nasional-Berhad

oleh Sharan Raj

Pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Sri Dr. Ronald Kiandee untuk melanjutkan konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport beras tunggal selepas konsesi yang sedia ada berakhir bulan Januari 2021 akan memudaratkan pesawah dalam negara dan pengilang beras tempatan.

Kadar untung daripada hasil jualan beras import dari Thailand dan Vietnam sangat tinggi berbanding hasil jualan beras tempatan.

Syarikat swasta seperti BERNAS yang mementingkan keuntungan akan mengimport beras murah untuk dijual pada harga terkawal tempatan.

Pesawah dan pengilang beras tempatan tidak mampu bersaing dengan lambakan beras import murahan. Krisis COVID-19 yang melanda sekarang ini telah nenonjolkan kepentingan untuk mempertahankan kedaulatan makanan negara.

Penswastaan keuntungan import beras kepada BERNAS menyebabkan kerajaan tidak boleh menggunakannya keuntungan beras import untuk memperkasakan industri beras padi negara.

Kerajaan perlu mengambilalih kuasa import beras tunggal semula daripada BERNAS untuk mengelakkan konflik kepentingan serta menyalurkan keuntungan import beras untuk kepentingan negara.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s