Amerika Syarikat: Lebih 30,000 guru di Los Angeles mogok menentang penswastaan dan kekurangan dana

Guru-guru dari sekolah-sekolah awam di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, telah bermogok untuk kali pertamanya dalam tempoh masa 3 dekad, iaitu sejak tahun 1989. Pada 14 Januari 2019, lebih 30,000 orang guru di Los Angeles mengambil bahagian mogok besar-besaran dan berarak di jalanan. Mereka yang bermogok menuntut peningkatan gaji, saiz kelas yang lebih kecil, regulasi … Continue reading Amerika Syarikat: Lebih 30,000 guru di Los Angeles mogok menentang penswastaan dan kekurangan dana

Belanjawan 2019: PTPTN masih tekan rakyat secara berterusan

(KENYATAAN BERSAMA – 5 November 2018) Tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan yang meningkatkan belanjawan untuk sektor pendidikan daripada 59.96 bilion kepada 60.24 bilion. Namun, isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam belanjawan yang telah dibentangkan sangat regresif dan tidak mengambilkira langsung situasi rakyat hari ini. Dalam isu PTPTN, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan … Continue reading Belanjawan 2019: PTPTN masih tekan rakyat secara berterusan

Pengurus PTPTN patut fahami realiti kehidupan rakyat, bukan keluar kenyataan yang tidak berasas

oleh Gandipan Nantha Gopalan Berkaitan laporan New Straits Times ‘Malaysians are not saving enough for their children's education’ oleh Pengurus Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Abdul Ghafar Yusop, yang diterbitkan pada 28 September 2018. Kenyataan Abdul Ghafar Yusop yang mengatakan bahawa faktor gaji yang kurang digunakan sebagai alasan ibu bapa untuk tidak menabung bagi … Continue reading Pengurus PTPTN patut fahami realiti kehidupan rakyat, bukan keluar kenyataan yang tidak berasas

Dr. Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM, golongan akademik dihina

oleh Sharan Raj Ketika Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Harapan, rakyat Malaysia berasa cukup gembira untuk “Malaysia Baru” di bawah Pakatan Harapan, dan seolah-olah dijanjikan sebuah revolusi akan berlaku. Namun selepas lebih 100 hari, Pakatan Harapan telah menjadi sekadar parti yang tinggal harapan seperti Barisan Nasional yang sekadar menaburkan janji pilihanraya. Alasan yang digunakan oleh Kabinet … Continue reading Dr. Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM, golongan akademik dihina

(Cerpen) Cikgu Haiza

sebuah cerpen oleh K.Z. Iskandar Zulfaqar Haiza terkedu membaca surat yang baru saja diterimanya itu. Hatinya seolah-olah hancur meneliti setiap bait-bait kata yang terkandung dalam surat itu. Setiap isi dalam surat itu seolah-olah membunuhnya. Mimpi ngeri yang selalu menerpanya kini menjadi kenyataan. Haiza akan ditukarkan ke sebuah sekolah pedalaman di negeri Sarawak. Keputusan pertukaran ini … Continue reading (Cerpen) Cikgu Haiza