Tangani isu sosial dan pendidikan dengan tindakan berasaskan keadilan sosial

Dasar pendidikan harus disusun semula berasaskan prinsip keadilan sosial, termasuk pelaksanaan pendidikan seks yang inklusif, kesedaran gender, perkhidmatan kesihatan mental percuma, serta sistem sokongan komuniti yang kukuh supaya pendidikan benar-benar berfungsi untuk membebaskan manusia, bukan sekadar menyesuaikan mereka dalam sistem yang menindas.

Kritikan Pemuda Sosialis terhadap pengumuman PMX berkaitan pengambilan pelajar 10A untuk Matrikulasi

Langkah kerajaan membenarkan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10A dan ke atas layak melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi tanpa mengira kaum adalah tidak mencukupi bagi mengatasi kegusaran masyarakat kaum bukan Bumiputera mahupun Bumiputera dengan sistem pendidikan negara, khasnya berkaitan persoalan akses sama rata dalam program pengajian tinggi.

Tangani lambakan graduan perubatan

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menasihati Kerajaan supaya jangan mengurangkan pengambilan pelajar perubatan dalam universiti awam. Menurut laporan akhbar The Star 9/11/2019, ini merupakan salah satu penyelesaian yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis Penasihat Kesihatan untuk menangani masalah lambakan graduan perubatan. Pada tahun 2018, terdapat seramai 1482 orang graduan perubatan daripada universiti awam, 2509 … Continue reading Tangani lambakan graduan perubatan