20190819 - MJIIT.jpg

Dalam rundingan antara wakil UTM-MJIIT Voices dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada hari ini (19 Ogos 2019), Dr Maszlee Malik telah mengarahkan pihak UTM supaya membenarkan pelajar-pelajar di fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology (UTM-MJIIT) yang tidak mampu bayar yuran tinggi fakulti tersebut untuk menukar ke fakulti yang lain tanpa sebarang kekangan birokrasi.

Hasil daripada rundingan tersebut, Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan mengasingkan pemohonan ke MJIIT daripada permohonan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) untuk mengelakkan pemohon-pemohon daripada salah masuk ke MJIIT tanpa informasi yang mencukupi.

Mesyuarat rundingan pada hari ini merupakan mesyuarat yang kedua untuk membincangkan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar UTM-MJIIT kerana dibebankan oleh yuran khas yang tinggi. Mesyuarat ketiga dengan Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan untuk menghalusi penyelesaian yang dikemukakan akan diadakan dalam tempoh masa seminggu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Cheng Siong selaku Pengerusi UTM-MJIIT Voices, sebuah badan yang mewakili pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 3 di UTM-MJIIT, beliau berkata, “MJIIT-Voices amat berterima kasih kepada Dr Maszlee Malik kerana sudi menyelesaikan masalah yang berumur 3 tahun ini (sejak zaman Barisan Nasional) yang melibatkan lebih 600 orang mahasiswa/i, dan anggaran 200 orang yang bakal memasuki MJIIT.”

“Atas kekangan masa, agenda pengembalian yuran kepada kadar asal tidak sempat dibincangkan dalam mesyuarat ini,” tambah Tan.

MJIIT Voices pernah mengadakan aksi protes di hadapan pintu masuk utama UTM Kuala Lumpur untuk membantah tindakan pihak universiti yang mengenakan yuran khas yang membebankan ke atas penuntut-penuntut di fakulti MJIIT. Antara isu yang dibawa oleh MJIIT Voices adalah kenaikan yuran pengajian dariRM 945 ke RM 5000 (kenaikan sebanyak 529%) untuk setiap semester, surat tawaran yang berunsur penipuan dan bayaran penalti sebanyak RM 10,000 yang dikenakan ke atas pelajar jika keluar daripada program MJIIT. MJIIT Voices telah menuntut pada pihak UTM supaya menghapuskan yuran khas MJIIT, memulangkan semula yuran khas MJIIT yang dikutip daripada pelajar sejak tahun 2017, dan mengamalkan ketelusan dalam pengurusan kewangan.

MJIIT Voices telah dibantu oleh Sharan Raj selaku Ahli Jawatankuasa Gabungan Pembebasan Akademik (GPA) yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s