20190826 - AATC03.jpg

ARA DAMANSARA – 26 OGOS 2019: Pelajar-pelajar dari pusat latihan penerbangan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) berprotes dan menduduki AATC pada hari ini untuk membantah pemangsaan terhadap ahli-ahli kesatuan pelajar. Namun, 7 orang pelajar AATC dan seorang aktivis PSM yang bersolidariti dengan mereka telah ditahan oleh polis.

Pihak pengurusan AATC telah membuang Pengerusi dan Setiausaha Kesatuan Pelajar AATC, Yagesh A/L Ravishangar dan Ho Joe Yee, baru-baru ini tanpa sebarang notis dan proses rundingan. Alasan yang digunakan untuk membuang pelajar berkenaan adalah tidak membayar yuran mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Namun, pelajar-pelajar AATC telah mempertikaikan tindakan pihak pengurusan AATC, kerana ini merupakan pemangsaan terhadap kesatuan pelajar yang cuba bersuara untuk pelajar di situ.

20190826 - AATC04.jpg

Kesatuan Pelajar AATC telah menghantar surat yang ditujukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AATC pada 22 Ogos 2019 untuk memaklumkan tentang penubuhan kesatuan pelajar dan mengemukakan beberapa tuntutan pelajar berkaitan dengan masalah yang wujud di pusat latihan AATC.

Antara masalah yang dibangkitkan oleh Kesatuan Pelajar AATC adalah isu hutang yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di situ. Pihak pengurusan AATC telah berjanji pada para pelajar bahawa mereka akan mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk membiayai kos pengajian. Namun, pelajar-pelajar telah difahamkan bahawa pinhaman ini tidak disediakan sama sekali untuk mereka, malah pihak pengurusan memaksa pelajar mengambil pinjaman peribadi daripada Bank Affin  untuk membiayai kos pengajian mereka.

Selain itu, pelajar-pelajar AATC juga menghadapi masalah lain seperti kekangan untuk sesetengah pelajar daripada menjalani latihan amali, pihak pengurusan mengambil keputusan tanpa berbincang dengan pelajar dan sebagainya. Pelajar-pelajar tidak berpuas hati dengan cara pengurusan sebegini, dan menubuhkan kesatuan pelajar untuk membela nasib mereka.

Namun, reaksi daripada pihak pengurusan terhadap masalah yang dibangkitkan pelajar adalah terus membuang pimpinan Kesatuan Pelajar AATC. Ini jelas merupakan satu usaha daripada pihak pengurusan AATC untuk melenyapkan suara pelajar.

Pelajar-pelajar AATC telah mengadakan protes di perkarangan AATC untuk membantah pemangsaan terhadap kesatuan pelajar ini. Turut hadir bersolidariti untuk pelajar-pelajar yang berprotes ialah Sharan Raj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

20190826 - AATC

Hampir 100 orang pelajar AATC telah menduduki bangunan AATC dan menuntut untuk berunding dengan pihak pengurusan AATC. Namun, pihak pengurusan AATC enggan berunding dan memanggil polis untuk menyuraikan pelajar. Pihak polis telah menangkap 7 orang pelajar AATC dan aktivis PSM Sharan Raj. Mereka yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya.

Pelajar-pelajar dan aktivis-aktivis mengadakan aksi solidariti untuk mereka yang ditahan di hadapan Balai Polis Kelana Jaya.

20190826 - 01.jpg
Pelajar-pelajar AATC berkumpul di hadapan Balai Polis Kelana Jaya untuk bersolidariti dengan mereka yang ditahan polis.
20190826 - aatc05.jpg
8 orang yang ditahan polis ketika protes pelajar AATC.

Kelapan-lapan orang yang ditangkap telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pada lebih kurang 9.30 malam selepas diambil keterangan oleh polis.

(Kemaskini pada 26 Ogos 2019, 9.40 pm)

BERITA SUSULAN: Isu pelajar AATC selesai: Pemecatan pemimpin kesatuan pelajar dibatalkan, pelajar akan dapat pinjaman PTPK

One thought on “Pelajar AATC ditahan polis polis kerana protes terhadap pemangsaan kesatuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s