Jawi – Siapa nak berundur?

oleh S. Arutchelvan Kelmarin saya menghadiri satu forum bertajuk “Forum Jawi – Saling Memahami” anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Forum ini amat baik kerana ia turut dihadiri oleh Dong Zong, Tamil Foundation, IKRAM, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina. Yang menjadikan Forum ini sempurna adalah ia dihadiri juga oleh Dr Habibah Abdul Rahim daripada Kementerian Pendidikan. Saya … Continue reading Jawi – Siapa nak berundur?

Benih perpaduan

oleh Ramlan bin Ramli Bandar Country Homes, Rawang Sebuah negara bangsa memerlukan asas yang kukuh untuk merealisasikan konsep bangsa. Biasanya asas yang digunakan ialah sejarah. Ada negara yang memang hanya ada satu bangsa seperti Jepun. Ada juga negara yang berjaya meredam isu bangsa sehingga mampu menyatukan kepelbagaian dalam wadah nasionalisme seperti Indonesia dan Thailand. Sekiranya … Continue reading Benih perpaduan

UTM setuju pulangkan yuran khas MJIIT – kemenangan untuk perjuangan pelajar UTM-MJIIT

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah bersetuju untuk memulangkan yuran khas yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar Fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology - Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MJIIT) dan meneruskan subsidi kepada pelajar kemasukan sesi 2016/2017 sehingga 2019/2020. Ini merupakan satu kemenangan yang bermakna untuk pelajar-pelajar yang bergabung dalam UTM-MJIIT Voices. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh … Continue reading UTM setuju pulangkan yuran khas MJIIT – kemenangan untuk perjuangan pelajar UTM-MJIIT

Tangani lambakan graduan perubatan

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menasihati Kerajaan supaya jangan mengurangkan pengambilan pelajar perubatan dalam universiti awam. Menurut laporan akhbar The Star 9/11/2019, ini merupakan salah satu penyelesaian yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis Penasihat Kesihatan untuk menangani masalah lambakan graduan perubatan. Pada tahun 2018, terdapat seramai 1482 orang graduan perubatan daripada universiti awam, 2509 … Continue reading Tangani lambakan graduan perubatan

Pelajar AATC ditahan polis polis kerana protes terhadap pemangsaan kesatuan

ARA DAMANSARA – 26 OGOS 2019: Pelajar-pelajar dari pusat latihan penerbangan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) berprotes dan menduduki AATC pada hari ini untuk membantah pemangsaan terhadap ahli-ahli kesatuan pelajar. Namun, 7 orang pelajar AATC dan seorang aktivis PSM yang bersolidariti dengan mereka telah ditahan oleh polis. Pihak pengurusan AATC telah membuang Pengerusi dan Setiausaha … Continue reading Pelajar AATC ditahan polis polis kerana protes terhadap pemangsaan kesatuan

Menteri Pendidikan arahkan UTM untuk benarkan pelajar MJIIT tukar fakulti

Dalam rundingan antara wakil UTM-MJIIT Voices dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada hari ini (19 Ogos 2019), Dr Maszlee Malik telah mengarahkan pihak UTM supaya membenarkan pelajar-pelajar di fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology (UTM-MJIIT) yang tidak mampu bayar yuran tinggi fakulti tersebut untuk menukar ke fakulti … Continue reading Menteri Pendidikan arahkan UTM untuk benarkan pelajar MJIIT tukar fakulti

Pakatan Harapan perlu henti dari mencetuskan isu perkauman

oleh Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) sangat kecewa dan bimbang kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri sedang menimbulkan ketegangan antara kaum. Rakyat mengundi PH dengan harapan bahawa PH akan membina sebuah masyarakat yang lebih adil dan harmoni. Majoriti rakyat Malaysia ialah orang yang sangat bertoleransi dan kebanyakan rakyat dari berbagai kaum ingin mewujudkan persefahaman … Continue reading Pakatan Harapan perlu henti dari mencetuskan isu perkauman

Kontroversi Khat: 6 mukasurat yang ancam perpaduan?

 oleh S. Arutchelvan  Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang berkenaan kerana berjaya mempopularkan perkataan khat atau seni khat. Sebenarnya, sebelum ini saya tidak pernah mendengar perkataan ini. Samalah seperti saya tidak pernah mendengar istilah “Bahasa Baku” sebelum Anwar Ibrahim perkenalkannya sebagai Menteri Pendidikan, atau perkataan “liwat” yang menjadi popular sekitar tahun … Continue reading Kontroversi Khat: 6 mukasurat yang ancam perpaduan?

Jangan terburu-buru kaji semula PPSMI

oleh Gandipan Nantha Gopalan Kenyataan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sebenarnya tidak mengejutkan. Kita semua tahu bahawa Dr. Mahathir yang memperkenalkan PPSMI pada tahun 2003 hasil daripada perbincangan Kabinet pada tahun 2002. Pemuda PSM berpendapat bahawa proses … Continue reading Jangan terburu-buru kaji semula PPSMI

PTPTN bukan model yang mampan untuk pendidikan generasi akan datang

SEMENYIH, SELANGOR – 25 FEBRUARI 2019: Pemuda Parti Sosialis Malaysia menyarankan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kerana ia merupakan sebuah model yang tidak mampan, dan perlu digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua sehingga peringkat tertiari. Saranan ini dibuat oleh Pemuda PSM dalam sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini bersempena … Continue reading PTPTN bukan model yang mampan untuk pendidikan generasi akan datang