Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan organisasi-organisasi masyarakat yang bimbang tentang kesan peperangan di Ukraine terhadap bekalan dan kos makanan di Malaysia, mengunjungi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan kepada Kerajaan Malaysia untuk menangani krisis makanan yang bakal mengancam rakyat Malaysia.
Kerajaan digesa naikkan gaji minimum ke RM1,500 pada bulan Mac 2022
Satu memorandum diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri dengan tuntutan kepada kerajaan supaya melaksanakan peningkatan gaji minimum ke RM1,500 sebulan selewat-lewatnya bulan Mac 2022.
Masyarakat sivil gesa jalankan inkues 7 kes kematian dalam tahanan polis baru-baru ini dan tubuhkan IPCMC
50 buah kumpulan masyarakat sivil kemukakan 4 tuntutan susulan peningkatan kes kematian dalam tahanan polis pada tahun 2022, antaranya menjalankan inkues ke atas 7 kes kematian dalam tahanan baru-baru ini dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Konvoi motosikal pekerja pembersihan hospital akhirnya bertemu Menteri Kesihatan
Selepas bermotosikal sejauh lebih 500 km, rombongan konvoi pekerja pembersihan hospital akhirnya dapat bertemu dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaladdin dan menyerahkan memorandum tuntutan pekerja kepadanya.
OKU bantah sistem JKMPay
Masyarakat orang kurang upaya (OKU) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyatakan bantahan mereka terhadap sistem JKMPay.
Keadilan untuk Hidayat: Keluarga mangsa kematian dalam tahanan tuntut inkues
Organisasi masyarakat sivil dan keluarga mangsa kematian dalam tahanan menuntut supaya satu inkues diadakan berkenaan dengan kes kematian Muhammad Hidayat semasa dalam tahanan di IPD Pekan.
PSM kemukakan kritikan terhadap RMK-12
PSM mengemukakan kritikannya terhadap RMK-12 dalam enam perkara penting, termasuk pengagihan kekayaan masyarakat, perumahan, kesihatan dan alam sekitar, berdasarkan penelitian awalnya terhadap dokumen RMK-12.
Tingkatkan gaji minimum ke RM1,800 – Memorandum kepada Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara
PSM mencadangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara supaya meningkatkan gaji minimum ke RM1,800 sebulan.
Batalkan pembukaan semula kilang bateri di Kampung Jenjarom
Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan penduduk-penduduk setempat di Kampung Jenjarom, membantah pembukaan semula kilang bateri di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.
Kerajaan Perak digesa beri perlindungan yang lebih terjamin untuk petani kecil
Petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil di Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya meminda peraturan tanah di negeri tersebut untuk melindungi rezeki petani-petani kecil dan memastikan jaminan makanan bagi masyarakat umum.