PSM kemukakan cadangan pembaharuan sistem pilihanraya kepada ERC

PUTRAJAYA – 24 MEI 2019: Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihanraya (ERC) pada hari ini. Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang juga merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersama dengan Ketua Eksekutif ERC Amerul Muner bin Mohamad dan pasukannya … Continue reading PSM kemukakan cadangan pembaharuan sistem pilihanraya kepada ERC

Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

KUALA LUMPUR: Gabungan Tuntut IPCMC telah mengadakan satu aksi protes di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 April 2019, untuk menyerahkan memorandum kepada ahli-ahli parlimen dengan tuntutan pelaksanaan segera penubuhan Suruhanjaya Besa Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Wakil daripada masyarakat sivil dan keluarga mangsa kematian dalam tahanan polis telah hadir dalam aksi ini. Baru-baru ini, … Continue reading Rakyat tuntut pelaksanaan IPCMC

Skim MySalam harus dikaji semula – Jangan serahkan tanggungjawab kerajaan kepada syarikat insurans

PUTRAJAYA – 20 MAC 2019: Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan kumpulan masyarakat dan individu-individu yang prihatin pada isu kesihatan awam, telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Jabatan Perdana Menteri berkenaan dengan pelaksanaan skim MySalam, iaitu insurans kesihatan untuk golongan B40. Lebih 40 organisasi dan individu yang menyokong memorandum tersebut telah menyeru pada … Continue reading Skim MySalam harus dikaji semula – Jangan serahkan tanggungjawab kerajaan kepada syarikat insurans

Pekerja kontrak di sekolah kerajaan tiada jaminan kerja – Menteri Pendidikan perlu perbetulkan keadaan

PUTRAJAYA – 31 JANUARI 2019: Pekerja-pekerja dan aktivis-aktivis yang bergabung dalam Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan mengadakan aksi protes dan penyerahan memorandum pada hari ini di Kementerian Pendidikan, berkaitan dengan isu pemberhentian kerja kontrak secara tergempar di sekolah-sekolah kerajaan baru-baru ini. Memorandum yang ditujukan kepada Menteri Pendidikan telah diterima oleh Ainul Ridzwan Zainudin, Timbalan Setiausaha Bahagian … Continue reading Pekerja kontrak di sekolah kerajaan tiada jaminan kerja – Menteri Pendidikan perlu perbetulkan keadaan

Skim insurans MySalam timbul keraguan: PSM saran kerajaan jangan galakkan perkembangan sistem insurans kesihatan

PUTRAJAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kewangan pada 24 Januari 2019, untuk mengemukakan cadangan PSM berkenaan dengan wang RM2 bilion yang diberikan oleh syarikat insurans Great Eastern bagi pembiayaan perkhidmatan kesihatan. Rombongan PSM diketuai oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM. Menurut Dr. Jeyakumar, PSM khuathir bahawa penghijrahan doktor … Continue reading Skim insurans MySalam timbul keraguan: PSM saran kerajaan jangan galakkan perkembangan sistem insurans kesihatan

PSM Pulau Pinang bangkit 6 isu utama dalam pertemuan dengan Ketua Menteri

GEORGETOWN, PULAU PINANG: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang telah berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yew pada 14 Disember 2018 untuk membincangkan isu-isu dasar negeri Pulau Pinang. Satu memorandum daripada PSM Pulau Pinang yang menyenaraikan 6 isu penting berkenaan dengan halatuju pembangunan Pulau Pinang telah diserahkan kepada Ketua Menteri. Walaupun PSM Pulau … Continue reading PSM Pulau Pinang bangkit 6 isu utama dalam pertemuan dengan Ketua Menteri

Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050

"Menetapkan kadar gaji minimum boleh memberikan kesan positif kepada pekerjaan dan kestabilan industri dan merupakan satu kaedah membasmi kemiskinan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk melaksanakannya dan beberapa ketetapan perlu dipatuhi. Salah satunya adalah dialog sosial." - Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2002 Berikut ialah memorandum bersama menuntut kaji semula gaji minimum yang diserahkan oleh Gabungan … Continue reading Kerajaan perlu kaji semula gaji minimum RM1,050