OKU gesa hapuskan birokrasi dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sekumpulan wakil warga Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjumpa dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, pada 26 April 2021, untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka terhadap insiden layanan yang tidak profesional oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap warga OKU yang hendak membuat aduan mengenai tentang masalah bayaran elaun bulanan OKU mereka yang tergendala. Mereka juga mengutarakan isu Borang Kaji Semula Bantuan Kewangan JKM yang bersifat birokratik dan menyusahkan golongan OKU.

Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

KUALA LUMPUR – 31 MAC 2021: Masyarakat sivil di Malaysia menyatakan bantahan mereka dengan jelas terhadap keganasan yang dilakukan oleh pemerintah tentera Myanmar ke atas rakyat Myanmar yang berprotes secara aman untuk menuntut demokrasi. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Kedutaan Myanmar pada hari ini melalui penyerahan memorandum yang disokong oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil dan komuniti … Continue reading Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia

28 buah organisasi menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani krisis banjir, termasuk menghentikan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Seruan tersebut dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) pada 20 Januari 2021. Memorandum ini bertepatan masa dengan krisis banjir baru-baru ini yang melanda kawasan-kawasan di negeri … Continue reading Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia

JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan

PUTRAJAYA – 18 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kewangan pada hari ini, dengan tuntutan menghapuskan sistem kontrak di premis kerajaan supaya mengembalikan jaminan kerja kepada pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan yang bertugas di premis kerajaan. Antara mereka yang hadir semasa penyerahan memorandum … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan