Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis

KUALA LUMPUR – 8 NOVEMBER 2019: S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk rakaman percakapan berkenaan dengan aksi perhimpunan Hari Habitat yang diadakan di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Arutchelvan telah disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Arutchelvan hadir ke Ibupejabat Polis Daerah … Continue reading Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis

Pelajar UTM-MJIIT protes di Parlimen gesa Menteri Pendidikan cepatkan penyelesaian isu yuran khas

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar daripada Fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology – Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MJIIT) semalam (11 Oktober 2019) berhimpun di hadapan bangunan Parlimen untuk menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya mempercepatkan penyelesaian bagi masalah yuran yang dihadapi mereka, termasuk penghapusan yuran khas yang membebankan pelajar dan memulangkan yuran yang telah dibayar oleh … Continue reading Pelajar UTM-MJIIT protes di Parlimen gesa Menteri Pendidikan cepatkan penyelesaian isu yuran khas

Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim

KUALA LUMPUR – 7 JULAI 2019: Satu aksi protes ilklim, #MYClimateRally, telah diadakan pada hari ini di ibu negara, dengan tuntutan yang menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak serta-merta untuk membendung ancaman perubahan iklim di Malaysia. Lebih 100 orang telah mengambil bahagian dalam aksi hari ini yang melibatkan perarakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. Para … Continue reading Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim

Serbu majikan yang tidak patuh Perintah Gaji Minimum – JTK harus lebih tegas lindungi hak pekerja

oleh Cecilia Anthonysamy “Kalau tak suka, kamu semua boleh berhenti.” Ini jawapan majikan apabila pekerja mengadu dan memohon untuk dibayar gaji minimum. Pekerja-pekerja kontrak pembersihan di sebuah universiti di Kuala Lumpur hanya dibayar gaji RM900 sebulan. Tidak ada potongan PERKESO, KWSP atau Skim Insurans Pekerjaan (SIP). Tidak ada kontrak bertulis. Tidak ada penyata gaji pun. … Continue reading Serbu majikan yang tidak patuh Perintah Gaji Minimum – JTK harus lebih tegas lindungi hak pekerja

Notis 13 Mei untuk Ladang Bukit Jalil

oleh S. Arutchelvan  Notis Merah Pada 6 Mei 2019, notis merah dilekatkan di struktur lama Sekolah Tamil Ladang Bukit Jalil. Notis daripada Pihak Berkuasa Tanah Wilayah Persekutuan memberikan sehingga 13 Mei untuk kosongkan bangunan itu. Pada 7 Mei 2019, dua buah kereta yang membawa anggota daripada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sekali lagi memberikan … Continue reading Notis 13 Mei untuk Ladang Bukit Jalil

Penduduk Ladang Bukit Jalil diancam pengusiran paksa

BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR – 8 MEI 2019: Penduduk-penduduk di Ladang Bukit Jalil sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa selepas menerima notis pengosongan tapak yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada hari semalam (7 Mei 2019). Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menggunakan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara untuk mengarahkan … Continue reading Penduduk Ladang Bukit Jalil diancam pengusiran paksa

Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

KUALA LUMPUR – 1 MEI 2019: Tiada makna untuk hari cuti pada 1 Mei jika tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia… Suasana jalanan di Kuala Lumpur pada hari ini telah dimeriahkan oleh laungan slogan “hidup pekerja!” dan lagu perjuangan, apabila lebih kurang 500 orang daripada pelbagai latar belakang berarak di pusat bandaraya untuk meraikan Hari … Continue reading Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi

Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan

KUALA LUMPUR – 9 MAC 2019: Jalanraya di pusat bandaraya Kuala Lumpur menjadi meriah dengan seruan menegakkan hak wanita pada hari ini apabila ratusan rakyat berarak bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia. Plakad dan sepanduk yang berwarna-warni dengan mesej menuntut hak wanita dan kesamarataan gender, diiringi dengan laungan seperti “patriarki pergi mati”, “wanita bangkit”, “jangan … Continue reading Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan