20191108_150720.jpg
KUALA LUMPUR – 8 NOVEMBER 2019: S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk rakaman percakapan berkenaan dengan aksi perhimpunan Hari Habitat yang diadakan di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Arutchelvan telah disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Arutchelvan hadir ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari ini untuk diambil keterangan oleh polis.

Aksi sambutan Hari Habitat merupakan program tahunan seperti sambutan Hari Pekerja dan Hari Bumi. Tahun ini, PSM bersama dengan Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan mengetengahkan isu pengusiran dalam aksi Hari Habitat tahun ini.

Menurut Arutchelvan, “Aksi tahun ini berjalan dengan lancar. Kami diiringi polis yang mengawal lalu-lintas dari Tugu Negara hingga ke jalan di hadapan Parlimen. Beberapa orang Ahli Parlimen menyambut kami dan satu delegasi masuk ke dalam untuk menyerahkan satu memorandum kepada wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seperti biasa adanya laungan slogan, barisan piket, pengambilan foto dan ucapan. Suasana sangat aman.”

“Ini bukannya satu serbuan atau flash mob di luar Bangunan Parlimen. Kami telah menyerahkan pemberitahuan 10 hari seperti biasa kepada polis. Kami mengadakan perbincangan dengan polis mengenai laluan perjalanan kami dan sebagainya. Semuanya berjalan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini,” ulas Arutchelvan.

“Jadi, kenapa polis panggil saya untuk siasatan? Bukankah ini membazir masa dan tenaga polis?” tanya Arutchelvan. “Jika aduan polis ini dibuat oleh orang awam kerana tindakan kami menimbulkan gangguan, saya akan faham kenapa pihak polis mahu melakukan penyiasatan. Tetapi di sini adalah polis sendiri yang membuat aduan untuk memulakan siasatan. “

“Satu lagi perkara, jika ini hanya satu formaliti di mana polis perlu mengambil kenyataan, maka hanya perlu panggil orang yang namanya terdapat dalam surat pemberitahuan. Tetapi hakikatnya bukan begitu pula. Ini kerana peguam saya Shashi Devan dan Setiausaha Agung PSM A. Sivarajan telah diberitahu bahawa pihak polis hendak mengambil rakaman percakapan untuk 8 orang lagi, termasuk Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, pemimpin Pemuda PSM, pemimpin komuniti dan pemimpin Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT). Kebanyakan mereka yang dikehendaki rakaman percakapan adalah sama ada mereka yang merupakan perwakilan yang masuk ke Parlimen untuk menyerah memorandum atau mereka yang berucap di hadapan peserta aksi. Pendek kata, pihak polis membuat aduan polis mereka sendiri, kemudian mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dan mengambil rakaman percakapan daripada 9 orang, hanya kerana satu aksi yang tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Jadi, adakah polis mempunyai begitu banyak masa lapang untuk kerja sebegini?” ulas Arutchelvan.

Baru-baru ini, didapati pihak polis menghabiskan lebih masa dalam menyiasat aktivis atau peniup wisel, berbanding dengan suspek jenayah. Baru semalam, jurucakap NGO Rakyat Bantah Penghilangan Paksa (CAGED) Rama Ramanathan dipanggil untuk siasatan polis di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; malah polis menggeledah rumahnya tanpa waran untuk merampas komput berkata er dan telefon bimbitnya sedangkan polis boleh meminta Rama untuk menyerahkan sendiri barang yang dikehendaki itu. Adalah tidak masuk akal untuk membuat drama sedemikian.

Komen tentang insiden salahguna kuasa polis sebegini, Arutchelvan, “Kasihan kepada pasukan polis yang dibebankan dengan tugasan sebegini. Ini membazirkan masa polis.

2 thoughts on “Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s