KUALA LUMPUR – 7 JULAI 2019: Satu aksi protes ilklim, #MYClimateRally, telah diadakan pada hari ini di ibu negara, dengan tuntutan yang menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak serta-merta untuk membendung ancaman perubahan iklim di Malaysia. Lebih 100 orang telah mengambil bahagian dalam aksi hari ini yang melibatkan perarakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka. Para … Continue reading Aksi rakyat gesa Kerajaan isytihar Darurat Iklim
Serbu majikan yang tidak patuh Perintah Gaji Minimum – JTK harus lebih tegas lindungi hak pekerja
oleh Cecilia Anthonysamy “Kalau tak suka, kamu semua boleh berhenti.” Ini jawapan majikan apabila pekerja mengadu dan memohon untuk dibayar gaji minimum. Pekerja-pekerja kontrak pembersihan di sebuah universiti di Kuala Lumpur hanya dibayar gaji RM900 sebulan. Tidak ada potongan PERKESO, KWSP atau Skim Insurans Pekerjaan (SIP). Tidak ada kontrak bertulis. Tidak ada penyata gaji pun. … Continue reading Serbu majikan yang tidak patuh Perintah Gaji Minimum – JTK harus lebih tegas lindungi hak pekerja
Notis 13 Mei untuk Ladang Bukit Jalil
oleh S. Arutchelvan Notis Merah Pada 6 Mei 2019, notis merah dilekatkan di struktur lama Sekolah Tamil Ladang Bukit Jalil. Notis daripada Pihak Berkuasa Tanah Wilayah Persekutuan memberikan sehingga 13 Mei untuk kosongkan bangunan itu. Pada 7 Mei 2019, dua buah kereta yang membawa anggota daripada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sekali lagi memberikan … Continue reading Notis 13 Mei untuk Ladang Bukit Jalil
Penduduk Ladang Bukit Jalil diancam pengusiran paksa
BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR – 8 MEI 2019: Penduduk-penduduk di Ladang Bukit Jalil sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa selepas menerima notis pengosongan tapak yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan pada hari semalam (7 Mei 2019). Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menggunakan Seksyen 425(1) Kanun Tanah Negara untuk mengarahkan … Continue reading Penduduk Ladang Bukit Jalil diancam pengusiran paksa
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 2019 – Kuala Lumpur
Aksi sambutan Hari Pekerja telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2019, anjuran Jawatankuasa Mei Satu dengan tema "Tinggikan Gaji, Hentikan Diskriminasi". Di sini ialah koleksi gambar-gambar sekitar aksi sambutan Hari Pekerja 2019 di Kuala Lumpur.
Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi
KUALA LUMPUR – 1 MEI 2019: Tiada makna untuk hari cuti pada 1 Mei jika tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia… Suasana jalanan di Kuala Lumpur pada hari ini telah dimeriahkan oleh laungan slogan “hidup pekerja!” dan lagu perjuangan, apabila lebih kurang 500 orang daripada pelbagai latar belakang berarak di pusat bandaraya untuk meraikan Hari … Continue reading Hari Pekerja 2019: Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi
(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Wanita Sedunia 2019 – Kuala Lumpur
Ratusan orang turun ke jalanraya di pusat bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Mac 2019 untuk menyambut Hari Wanita Sedunia, dengan tema tahun ini "Hentikan keganasan, hormati perempuan".
Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan
KUALA LUMPUR – 9 MAC 2019: Jalanraya di pusat bandaraya Kuala Lumpur menjadi meriah dengan seruan menegakkan hak wanita pada hari ini apabila ratusan rakyat berarak bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia. Plakad dan sepanduk yang berwarna-warni dengan mesej menuntut hak wanita dan kesamarataan gender, diiringi dengan laungan seperti “patriarki pergi mati”, “wanita bangkit”, “jangan … Continue reading Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan
Bantah rampasan kuasa di Venezuela yang didukung imperialis AS
KUALA LUMPUR: Pemuda PSM telah mengadakan satu aksi solidariti di hadapan Kedutaan Venezuela di Malaysia pada 28 Januari 2019, bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Venezuela yang sedang melawan cubaan rampasan kuasa oleh puak berhaluan kanan yang didukung oleh imperialis Amerika Syarikat. Selain aktivis-aktivis Permuda PSM, turut hadir dalam aksi solidariti semalam termasuk Sivarajan Arumugam (Setiausaha … Continue reading Bantah rampasan kuasa di Venezuela yang didukung imperialis AS
Forum Sosialisme 2018: Keperluan Rakyat Bukan Ketamakan Korporat
Forum Sosialisme 2018 anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah berlangsung dengan meriahnya pada 7-9 Disember lalu di Kuala Lumpur, dengan perbincangan yang bersemangat tentang isu-isu penting yang berkaitan dengan usaha membina rakyat dari bawah dan menangani ancaman sistem kapitalis yang berterusan dan memperjuangkan masyarakat masa depan yang lebih adil serta demokratik. Forum Sosialisme merupakan program … Continue reading Forum Sosialisme 2018: Keperluan Rakyat Bukan Ketamakan Korporat
