20191210 - 79477096_2897501003607088_6626664560931635200_n (2).jpg

KUALA LUMPUR: 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai dapat berasa lega seketika selepas pelaksanaan notis pengusiran terhadap mereka telah ditangguhkan selama dua minggu sementara Kementerian Wilayah Persekutuan telah berjanji untuk mengaturkan perumahan alternatif untuk penduduk yang terlibat.

Kampung Segambut Permai menghadapi pengusiran paksa pada 9 Disember 2019 apabila wakil pemaju Kemasekutu Sdn Bhd datang ke kampung tersebut dengan notis pengusiran dan jentolak. Namun, penduduk kampung telah membuat sekatan jalan untuk menghalang perobohan rumah.

Aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk A. Sivarajan selaku Setiausaha Agung PSM dan Soh Sook Hwa selaku Bendahari PSM, telah hadir di situ untuk bersolidariti dengan penduduk Kampung Segambut Permai yang melawan pengusiran paksa. Hannah Yeoh, selaku Ahli Parlimen Kawasan Segambut yang juga merupakan Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, turut berada di situ bersama dengan wakil daripada Kementerian Wilayah Persekutuan.

20191210-663b974b-56f5-4385-90a9-fc71e8543eb9 (2)

Setelah rundingan di tapak kampung, wakil pihak pemaju telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan notis pengusiran selama 2 minggu, sementara Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengatur rumah alternatif untuk penduduk kampung yang terjejas oleh pengusiran.

Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu surat pada 9 Disember 2019 juga, memberi akujanji untuk menyediakan perumahan alternatif bagi penduduk-penduduk yang terjejas dalam tempoh masa dua minggu dari tarikh surat tersebut.

“Terima kasih kepada pihak Menteri kerana dapat mendesak tuan tanah untuk tangguhkan dua minggu lagi sehingga Kementerian Wilayah Persekutuan mengatur rumah ganti untuk orang kampung. Namun, masalah pokoknya belum selesai. Kenapa peneroka bandar yang telah berusaha membangunkan tanah selama 40 tahun dinafikan hak mereka?” kata A. Sivarajan selepas pengusiran ditangguhkan.

Sivarajan menegaskan, “Kerajaan Pakatan Harapan perlu menggubal undang-undang yang mengiktiraf dan melindungi hak peneroka bandar. Daripada pengalaman hari ini, diharapkan Menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat dapat berusaha menuju ke arah itu. Jika tidak, satu lagi peristiwa perobohan rumah kampung peneroka bandar menanti pada masa terdekat.”

Kampung Segambut Permai, dahulunya dikenali sebagai Kampung Ayam, telah diteroka dan didiami penduduk sejak tahun 1960-an. Pada tahun 1981, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mendapat hak pemilikan pajakan tanah Kampung Segambut Permai tanpa pengetahuan peneroka asal. Perkara ini hanya terbongkar apabila seorang penduduk kampung cuba memohon lot tanah Segambut Permai di Pejabat Tanah Wilayah pada tahun 2000. Pada tahun 2002, pemilikan pajakan tanah dipindahmilik daripada PKNS kepada Kemasekutu Sdn Bhd tanpa pengetahuan penduduk asal sekali lagi. Penduduk kampung mula menerima notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Kemasekutu Sdn Bhd pada tahun 2012. Satu Penghakiman Persetujuan yang bertarikh 17 Oktober 2013 menyatakan persetujuan penduduk untuk mengosongkan premis masing-masing, tetapi perkara itu berlaku tanpa pengetahuan penduduk. Sejak itu, penduduk asal kampung ini telah diancam pengusiran paksa.

2 thoughts on “Penduduk Kampung Segambut Permai yang diusir akan dapat rumah alternatif

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s