Kenyataan media oleh Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Kampung Pos Lanai, bersempena hari pertama perbicaraan kes tuntutan hak tanah adat Orang Asli Pos Lanai di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pada 10 April 2023.
Kenyataan media oleh Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Kampung Pos Lanai, bersempena hari pertama perbicaraan kes tuntutan hak tanah adat Orang Asli Pos Lanai di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pada 10 April 2023.
Setelah perjuangan pekerja-pekerja pembersihan hospital yang penuh kegigihan, keberanian dan kesungguhan untuk mempertahankan hak kesatuan mereka, akhirnya pihak syarikat yang mengupah pekerja-pekerja pembersihan itu akur dan bersetuju untuk mengiktiraf kesatuan sekerja!
Penduduk-penduduk kawasan Bandar Kinrara, Petaling Jaya dan Damansara membantah projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) yang hanya menguntungkan pihak pemaju dengan mengorbankan kelestarian kehidupan penduduk setempat.
Rumah seorang warga B40 dapat diselamatkan daripada pelelongan pada saat-saat terakhir selepas aksi protes di ibu pejabat bank.
“Negara kita sedang menghadapi masalah kekurangan makanan dan harga makanan asas sedang meningkat,” kata Dr. Jeyakumar, Pengerusi Nasional PSM, semasa penyerahan memorandum bersama dengan petani-petani Changkat Kinding. “Negara kita sedang mengimport barangan makanan yang bernilai RM60 bilion setahun. Ini bukannya masa untuk menghancurkan kapasiti kita untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan bagi rakyat kita!”
PSM menyuarakan kekhuatiran terhadap tindakan kerajaan Indonesia yang menjenayahkan Victor Yeimo dan aktivis-aktivis politik yang lain di Papua Barat.
Gaji yang rendah adalah faktor utama mengapa anak muda tidak minat dengan pekerjaan yang tersedia di dalam Malaysia.
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menyedari bahawa kebergantungan kita terhadap ahli politik yang bercakap manis, tidak kira betapa progresifnya mereka kelihatan pada mulanya, adalah strategi yang gagal.
Gelombang protes dan mogok pekerja di Perancis semakin hebat apabila Emmanuel Macron berdegil untuk meneruskan serangan ke atas sistem pencen di negara itu, iaitu meningkatkan umur persaraan dari 62 tahun ke 64 tahun.
Projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat madani mengenai keselamatan penduduk di sekitar tapak projek dan potensi kesan buruk terhadap alam sekitar. Tragedi yang meragut nyawa seperti tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus mungkin berulang lagi di Pulau Pinang, sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kejadian yang mengancam nyawa rakyat dan alam sekitar!