Isu perobohan rumah penduduk Kampung Koskan Tambahan, Serendah, Hulu Selangor akhirnya telah berjaya diselesaikan dalam keadaan baik dengan situasi menang-menang buat penduduk-penduduk kampung dan pihak pemaju.

Selepas satu proses perbincangan dengan pihak-pihak yang berwajib, penduduk-penduduk Kampung Koskan Tambahan bersetuju dengan penyelesaian berikut:

  1. Setiap keluarga yang terlibat diberi pampasan ex-gratia sebanyak RM15,000 oleh pemaju untuk keluar dari rumah;
  2. Pemaju menyediakan pengangkutan dan tenaga kerja bagi kerja-kerja pemindahan dan kesemuanya telah selesai dipindahkan dengan semakan akhir pada 12 Mei 2022;
  3. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Penyelaras DUN telah menempatkan kesemua 12 buah keluarga ke rumah sewa sementara dan menanggung bayaran deposit serta sewa bulan pertama;
  4. Kerajaan Negeri Selangor juga, seperti kenyataan Menteri Besar Selangor, akan mengutamakan pemberian rumah Selangorku dan akan membincangkan kemungkinan kelonggaran syarat.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) pada 13 Mei 2023, S. Arutchalevan (Timbalan Pengerusi PSM) dan Amir Hadi (Setiausaha Agung MUDA) berkata, “Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk Sdr Saifuddin Shafi Muhammad, Penyelaras DUN Batang Kali, Puan Hayati Chat, Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor, yang telah membantu dari awal dan memberi komitmen penuh dalam menyelesaikan isu ini, serta rakan-rakan yang lain yang turut bersolidariti.”

PSM juga berharap bahawa Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan proses pemberian rumah Selangorku dengan segera kepada semua keluarga penduduk Kampung Koskan Tambahan yang sudah berpindah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *