PH gemar menuding jari ke arah sesuatu jembalang politik untuk mempopularkan diri sendiri. Dalam PRU-14, mereka menggunakan BN sebagai alasan untuk bekerjasama dengan Mahathir. Kini, mereka menggunakan PAS sebagai alasan untuk bekerjasama dengan BN. Realitinya, PH dan semua orang progresif perlu faham bahawa tiada jalan pintas untuk menjatuhkan ancaman sayap kanan.
