Hong Kong: Pilihanraya tempatan jadi “referendum” terhadap Kerajaan

Pilihanraya tempatan di Hong Kong yang berlangsung pada 24 November 2019, menjadi “referendum” terhadap pemerintahan Kerajaan Hong Kong pimpinan Ketua Eksekutif Carrie Lam Cheng Yuet-ngor selepas gelombang protes rakyat yang berterusan untuk hampir setengah tahun. Kem pro-demokrasi mendapat kemenangan besar sementara kem pro-Beijing menemui kekalahan yang paling teruk dalam sejarah pilihanrayanya. Pilihanraya tempatan Hong Kong … Continue reading Hong Kong: Pilihanraya tempatan jadi “referendum” terhadap Kerajaan

Colombia: Rakyat bangkit untuk keamanan dan lawan neoliberalisme

Ketika benua Amerika Latin dilanda gelombang kebangkitan rakyat yang hebat dalam menentang kerajaan yang mengamalkan dasar neoliberal, negara Colombia dengan kerajaan yang sangat rapat dengan kuasa imperialis Amerika Syarikat beberapa dekad kebelakangan ini juga tidak ketinggalan. Pada 21 November 2019, mogok umum yang hebat telah melumpuhkan seluruh negara Colombia. Aksi mogok terbaru ini merupakan yang … Continue reading Colombia: Rakyat bangkit untuk keamanan dan lawan neoliberalisme

Aktivis UTM-MJIIT Voices disiasat polis kerana beraksi di depan Parlimen

KUALA LUMPUR - 23 NOVEMBER 2019: 2 orang aktivis pelajar daripada UTM-MJIIT Voices dan seorang lagi aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah dipanggil untuk rakaman percakapan pada hari ini di Ibupejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, berkenaan dengan siasatan polis terhadap aksi protes pelajar UTM-MJIIT di hadapan Parlimen pada 11 Oktober 2019 semasa sesi pembentangan Belanjawan 2020. … Continue reading Aktivis UTM-MJIIT Voices disiasat polis kerana beraksi di depan Parlimen

UK: Parti Buruh lancar manifesto pilihanraya yang paling radikal

Parti Buruh (Labour Party) di Britain yang dipimpin oleh Jeremy Corbyn, telah melancarkan manifesto pilihanraya yang paling radikal untuk parti tersebut sejak tahun 1940-an, dengan janji membawa perubahan transformatif untuk rakyat Britain, termasuk mencabar golongan berkuasa yang mahakaya, menyelamatkan sistem kesihatan daripada penswastaan dan berusaha untuk menangani krisis iklim dengan revolusi industri hijau. Manifesto Parti … Continue reading UK: Parti Buruh lancar manifesto pilihanraya yang paling radikal

Tidak tangani isu rakyat secara menyeluruh: Analisis Belanjawan Selangor 2020

oleh V. Selvam / PSM Selangor Belanjawan Negeri Selangor 2020 Belanjawan Negeri Selangor 2020 telah dibentangkan pada 1 November 2019 di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. Walaupun Belanjawan ini dikatakan Bajet berjimat, namun kritikan terhadapnya adalah ia tidak menangani isu-isu rakyat Selangor secara menyeluruh. Antara isu-isu rakyat yang perlu perhatian adalah: 1. Perumahan untuk … Continue reading Tidak tangani isu rakyat secara menyeluruh: Analisis Belanjawan Selangor 2020

Hong Kong: Pemberontakan rakyat yang berterusan

  Gelombang protes yang hebat telah melanda Hong Kong sejak hampir 6 bulan yang lalu, dan masih berterusan sehingga hari ini dan membawa masa depan yang tidak menentu kepada bandaraya yang menjad pusat kewangan antarabangsa ini. Protes yang bermula sebagai perarakan besar-besaran yang aman untuk menyuarakan bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi ke Tanah Besar China, telah berkembang kepada … Continue reading Hong Kong: Pemberontakan rakyat yang berterusan

Tangani lambakan graduan perubatan

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menasihati Kerajaan supaya jangan mengurangkan pengambilan pelajar perubatan dalam universiti awam. Menurut laporan akhbar The Star 9/11/2019, ini merupakan salah satu penyelesaian yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis Penasihat Kesihatan untuk menangani masalah lambakan graduan perubatan. Pada tahun 2018, terdapat seramai 1482 orang graduan perubatan daripada universiti awam, 2509 … Continue reading Tangani lambakan graduan perubatan

PRK Tanjung Piai: Kekalahan PH paling teruk setakat ini

Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan Parlimen Tanjung Piai yang diadakan pada 16 November 2019, telah menyaksikan kekalahan Pakatan Harapan (PH) yang paling teruk dalam pilihanraya kecil sejak Pilihanraya Umum (PRU) ke-14. PRK untuk kawasan Parlimen yang terletak di negeri Johor ini, diadakan selepas penyandang jawatan Ahli Parlimen sebelum ini, Dr. Mohamed Farid bin Md Rafik … Continue reading PRK Tanjung Piai: Kekalahan PH paling teruk setakat ini

Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali

Sepanyol mengadakan pilihanraya umumnya yang kedua dalam tahun ini pada 11 November 2019, dengan keputusannya parti pemerintah berhaluan kiri-tengah, Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) pimpinan penyandang jawatan Perdana Menteri Pedro Sánchez, kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen tetapi jumlah kerusi sudah berkurang, sementara parti pelampau kanan Vox menunjukkan peningkatan yang hebat dari segi sokongan undi. … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali