Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Apakah belanjawan yang paling sesuai untuk Malaysia mengharungi kemelesetan ekonomi yang timbul daripada pandemik COVID-19? Ini ialah isu penting yang patut kita bincangkan agar penyelesaian yang sesuai dapat ditemui. Setiap negara perlu membangunkan konsensus nasional mengenai bagaimana kapasiti kewangan negara yang terhad harus digunakan untuk mengurangkan kesan pandemik yang sedang berlaku … Continue reading Belanjawan 2021: Idea baru diperlukan untuk tangani kemelesetan zaman COVID-19

Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pengangguran belia pada kadar 13.1% adalah satu statistik yang amat membimbangkan. Pemuda PSM berpendapat bahawa perlunya satu anjakan paradigma dalam menangani masalah dalam sistem pendidikan dan peluang pekerjaan di Malaysia. Pemuda PSM tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh ahli-ahli politik yang lain (tua mahupun muda) yang sering menyalahkan belia di negara ini … Continue reading Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia

Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj  Pada 27 Julai 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz menjelaskan pendirian Kerajaan berkenaan moratorium pinjaman bank apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab di Parlimen. Menteri Kewangan mengumumkan bahawa bank yang beroperasi di Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga … Continue reading Lanjutan moratorium pinjaman bank bersasar – Tribunal diperlukan untuk selamatkan keluarga daripada naluri pemangsa bank!

Biar rakyat tentukan nasib wakil rakyat

Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas, mencadangkan semasa berdebat dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini untuk meminda undang-undang pilihanraya supaya pemilihan wakil rakyat dibuat berdasarkan parti bukannya calon, bagi menangani masalah lompat parti dan membanteras rasuah. Cadangan ini telah menarik perhatian pelbagai pihak berkisar pada isu lompat parti dan sistem pilihanraya baru. Cadangan … Continue reading Biar rakyat tentukan nasib wakil rakyat

Kenapa protes BLM (Black Lives Matter) mustahil berlaku di Malaysia?

oleh S. Arutchelvan  Fenomena BLM dan “aku tidak dapat bernafas” Walaupun rencana ini mula ditulis hampir sebulan yang lalu, namun beberapa insiden dan perkembangan dalam negara kita menghindar diri saya daripada menulisnya. Penulisan mengenai kaum dan agama sememangnya satu topik yang amat sukar sekali di dalam negara di mana rakyatnya sering dipesong pemikiran, dimanipulasi minda … Continue reading Kenapa protes BLM (Black Lives Matter) mustahil berlaku di Malaysia?

Kegagalan Pakatan Harapan: Pertembungan antara naratif?

oleh Dr Jeyakumar Devaraj  Semua orang dinasihati supaya belajar dari kesilapan. Begitu juga dengan gerakan politik – jika mereka mahu melakukan yang lebih baik pada masa depan. Malangnya, saya tidak melihat pandangan sebegitu dibangunkan dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH) dalam kebanyakan perbincangan yang saya adakan dengan mereka sejak “Langkah Sheraton” yang mencetuskan kejatuhan Kerajaan PH. Penyokong PH bukan Melayu sukar memahami … Continue reading Kegagalan Pakatan Harapan: Pertembungan antara naratif?

Pelarian perlu rumah untuk duduk sementara, bukan kem tahanan

oleh Letchimi Devi Banyak keluarga dan individu dalam kalangan komuniti pelarian (pencari suaka), terutamanya mereka yang beretnik Rohingya, telah dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Dianggarkan lebih daripada 50 keluarga di kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Selangor menghadapi masalah ini atas dua sebab utama, iaitu: (i) tidak mampu membayar sewa rumah selama 3-4 … Continue reading Pelarian perlu rumah untuk duduk sementara, bukan kem tahanan

Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?

Dalam keadaan krisis ekonomi yang membawa kepada pengangguran dan kehilangan pendapatan secara meluas dalam masyarakat, sehingga wujudnya kemungkinan semakin ramai orang tidak mempunyai punca pendapatan tetap untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, UBI semakin menjadi satu topik perbincangan hangat sebagai solusi kepada masalah ini. UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek … Continue reading Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?