PENJANA – Pelan pemulihan ekonomi yang penuh kelemahan

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghargai bahawa Kerajaan Perikatan Nasional menyedari perlunya campurtangan Kerajaan dalam menangani kemerosotan ekonomi yang sedang kita lalui. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sedar akan pernyataan neoliberal yang mengatakan pasaran boleh memperbetulkan diri itu adalah tidak boleh dipakai dalam situasi sekarang. Namun, sebarang campurtangan kerajaan harus dikonsepsikan dengan baik serta bersesuaian dengan … Continue reading PENJANA – Pelan pemulihan ekonomi yang penuh kelemahan

Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?

oleh Rani Rasiah Serbuan yang kerap dan keras oleh pihak Imigresen ke atas komuniti migran semasa Perintah Kawalan Pengerakan menjadi salah satu ciri utama pandemik COVID-19 di Malaysia. Serbuan tersebut mendatangkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan didominasi oleh sentimen anti-pendatang dan xenofobia. Siapa yang harus dipersalahkan untuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau warga asing tanpa dokumen ini? … Continue reading Begitu ramai PATI, tanggungjawab siapa?

Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Sungai Yangtze atau Sungai Panjang di China, sungai terpanjang di benua Asia, mengalir melalui satu tempat yang sebegini di wilayah Hubei yang terletak di bahagian tengah Tanah Besar China: Di tebing barat laut Sungai Yangtze, terdapat sebuah tempat bernama Hanyang, yang pernah menjadi pusat perindustrian yang penting di China, di mana kilang senjata Hanyang yang … Continue reading Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

PATI – Sasaran kebencian yang tersasar  

oleh S. Arutchelvan PATI (Pendatang Tanpa Izin), dalam erti kata yang lain juga dikenali sebagai Pendatang Haram. Bahasa yang lebih lembut ialah “Pekerja Tanpa Dokumen”. Seminggu dua ini, media massa penuh dengan rasa kebencian terhadap pekerja migran dan pelarian. Beberapa insiden menyemarakkan dan mencetuskan kebencian ini. Salah satunya adalah bot yang membawa masyarakat pelarian Rohingya … Continue reading PATI – Sasaran kebencian yang tersasar  

Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?

oleh Nik Aziz Afiq Ramadhan adalah bulan yang begitu mengujakan bagi umat Islam. Selama sebulan umat Islam akan menahan lapar dan dahaga pada waktu siangnya dan memperbanyak solat serta ibadah lain pada waktu malamnya. Bulan ini dijanjikan keampunan, dijanjikan ganjaran yang pelbagai malah diberitakan ketika Ramadhan, syaitan akan diikat daripada kerja-kerja menghasut umat supaya melakukan … Continue reading Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?

COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan

oleh Dr Jeyakumar Devaraj Masyarakat manusia sedang melalui satu tempoh yang luar biasa. Pandemik COVID-19 telah menundukkan ekonomi global. Corak hidup kepenggunaan yang biasa telahpun diterbalikkan. Kita boleh menjangkakan kemelesetan ekonomi yang teruk untuk tahun ini dan juga tahun hadapan. Sebilangan pakar ekonomi mengatakan ini mungkin akan menjadi seburuk Zaman Meleset (Great Depression) yang melanda dari penghujung tahun 1920-an … Continue reading COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan

Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?

oleh Karthiges Rajamanickam Beberapa hari yang lalu, akhbar The Star melaporkan bahawa harga rumah atau hartanah akan jatuh selepas pandemik COVID-19 ini dan mereka yang ingin membeli akan untung. Perspektif daripada pemaju ini juga menjangkakan lebih ramai pemilik hartanah akan menjual dengan harga murah dan memberi impak positif kepada pembeli baru. Persoalan yang wujud di sini adalah, adakah harga rumah sebelum pandemik … Continue reading Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?

Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi: Bagus tapi kita perlukan “New Deal”

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghargai bahawa Langkah Tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah memberi perhatian kepada sebahagian kritikan terhadap Pakej PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020. Banyak rungutan daripada sektor perniagaan yang mengkritik bahawa Pakej PRIHATIN yang diumumkan pada 27 Mac 2020 itu tidak … Continue reading Langkah Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi: Bagus tapi kita perlukan “New Deal”

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Adakah situasi terkawal?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dengan kita sekarang ini sudah melalui fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, adalah masanya untuk menilai kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas penularan wabak COVID-19. Graf di bawah yang mencatatkan bilangan kes baru COVID-19 yang disahkan untuk 9 hari yang lalu (22-30 … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Adakah situasi terkawal?

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Dunia kita sedang dilanda krisis yang serius dalam tiga aspek. Aspek pertama dan punca pencetus krisis ini ialah pandemik COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia. Pandemik ini menimbulkan beban berlebihan yang hebat ke atas perkhidmatan perubatan, malah di negara-negara yang terkaya di dunia. Kadar kematian di Itali, pada takat ini … Continue reading Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: Berada di landasan betul tapi perlu lagi anjakan paradigma