Apabila karbon bertemu dengan kapitalisme

Karbon itu ialah kewujudan yang semula jadi, tetapi apabila ia bertemu dengan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi buatan manusia yang berfungsi berlandaskan logik pengumpulan modal secara berterusan, ia mendatangkan krisis kepupusan kepada spesies manusia sendiri! Kita hanya dapat mengatasi krisis yang timbul daripada kapitalisme itu dengan melangkaui kerangka kapitalisme.

Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat

(Rencana khas Hari Wanita Antarabangsa) Masyarakat manusia dibentuk oleh lelaki, wanita dan golongan minoriti seksual yang lain. Proses kemajuan masyarakat merupakan hasil usaha manusia daripada semua gender, bukannya satu-satu gender sahaja. Walaupun sistem patriarki mendominasi pada kebanyakan masa sepanjang sejarah kewujudan masyarakat kelas di dunia ini, tetapi golongan wanita telah memainkan peranan yang amat penting … Continue reading Perjuangan wanita dan pembebasan masyarakat

Siapa pencetus Darurat?

oleh S. Arutchelvan UMNO, krisis dan Darurat Setiap kali UMNO berada dalam krisis, jangan hairanlah jika berlaku darurat. Dan janganlah kau percaya setiap darurat itu dipanggil kerana alasan ia diisytihar. Krisis UMNO Mahathir-Razaleigh mencetuskan tindakan keras penangkapan ISA - Operasi Lalang, pemecatan Ketua Hakim Negara, pembubaran parti UMNO dan tertubuhnya Parti Semangat 46. Krisis UMNO … Continue reading Siapa pencetus Darurat?

Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan

25 Januari 2021 yang akan datang ini menandakan genapnya setahun kes COVID-19 pertama disahkan Malaysia. Sepanjang setahun yang lalu, bukan sahaja negara Malaysia, malah negara-negara di seluruh dunia, telah mengalami impak yang teruk akibat daripada pandemik yang paling hebat pada zaman kita. Setakat ini (8 Januari 2021), jumlah kes jangkitan COVID-19 yang terkumpul di seluruh … Continue reading Situasi COVID-19 di Malaysia membimbangkan

Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Ianya cukup jelas bahawa kita memerlukan vaksin COVID-19 bagi melawan pandemik koronavirus. Jika sejumlah besar populasi kita diimunkan secara signifikan – biarpun buat hanya sementara waktu atau untuk tempoh selama setahun atau dua – pastinya kadar jangkitan koronavirus akan menurun. Sekaligus, bermakna yang kita dapat mengurangkan tahap penjarakan sosial, serta lebih … Continue reading Vaksin COVID-19: Biar cermat asal selamat!

Idea kerakyatan Melayu untuk semua kaum wajar dibincang

oleh S. Arutchelvan Cadangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk memberikan kerakyatan Melayu kepada semua kaum adalah satu idea yang memang hebat dan wajar dibincang jika kita hendak menguburkan masalah perkauman yang nampaknya semakin menebal di negara kita walaupun sudah merdeka lebih 60 tahun. Idea hebat ini pernah diusulkan oleh PUTERA-AMCJA pada tahun 1947, dan andaikata jika … Continue reading Idea kerakyatan Melayu untuk semua kaum wajar dibincang

Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat banyak keluhan daripada masyarakat kaum India tentang ketidakadilan yang kononnya wujud dalam Belanjawan Persekutuan 2021. Banyak komen dipapar dalam media sosial yang merungut tentang peruntukan sebanyak RM11.1 bilion untuk pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera sedangkan hanya RM100 juta sahaja diberi kepada masyarakat India untuk tujuan yang sama. Ramai mengatakan Belanjawan ini … Continue reading Haruskah Belanjawan 2021 ditolak?

Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapatnya lonjakan dalam minat terhadat strategi “pengewangan hutang” (debt monetization) khususnya selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal menyokong pendekatan ini. Terdapatnya suara-suara yang menyokong dan membantahnya. Seorang bergelaran Tan Sri dalam salah satu kumpulan Whatsapp yang saya ada dalamnya menulis, “Mencetak wang adalah tidak bertanggungjawab dan membinasakan. Kita … Continue reading Pengewangan hutang – Jangan biar perkara baharu takutkan anda!

Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Terdapat beberapa aspek dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang tidak menyenangkan untuk saya. Yang pertama adalah, isteri saya dan saya akan menerima bayaran sekali gus (one-off) RM300 masing-masing kerana kami ialah pesara kerajaan. Adakah kerajaan mempunyai lebihan dana yang begitu besar sehingga ia boleh memberi … Continue reading Terlepas pandang pada masalah yang lebih besar – Pandangan sepintas lalu Belanjawan 2021