M. Suppaya dan ahli keluarganya yang tinggal di sebuah rumah usang di atas tanah kerajaan di Sungai Jelok, Kajang, mendapat berita baik apabila Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bersetuju untuk menawarkan tapak tanah alternatif kepadanya untuk mendirikan rumah.
Kerajaan Perak digesa beri perlindungan yang lebih terjamin untuk petani kecil
Petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil di Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya meminda peraturan tanah di negeri tersebut untuk melindungi rezeki petani-petani kecil dan memastikan jaminan makanan bagi masyarakat umum.
Keluarga B40 di Sungai Jelok yang diusir dapat tanah alternatif
Keluarga M. Suppaya yang berdepan dengan ancaman pengusiran baru-baru ini akhirnya mendapat kelegaan dan ketenangan apabila mereka ditawarkan tanah alternatif.
Penduduk pangsapuri Gugusan Dedap gesa Menteri siasat kepincangan pembayaran pampasan pengambilan tanah
PUTRAJAYA - 19 FEBRUARI 2020: Wakil penduduk rumah pangsapuri kos rendah Gugusan Dedap, Kota Damansara, Selagor, menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, untuk meminta campurtangan Menteri menyiasat isu berkaitan dengan kepincangan yang berlaku semasa pengambilan tanah di mana terletaknya pangsapuri mereka. Pemilik-pemilik sah untuk unit pangsapuri kos rendah di … Continue reading Penduduk pangsapuri Gugusan Dedap gesa Menteri siasat kepincangan pembayaran pampasan pengambilan tanah
Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
KUALA KUBU BHARU - 18 DISEMBER 2019: Pekerja-pekerja Ladang Bukit Beruntung yang ditipu oleh pemilik ladang tersebut yang gagal menunaikan janji membina rumah untuk mereka, telah mengadakan aksi protes pada hari ini dan menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, dengan tuntutan kepada Pentadbir Tanah supaya merampas tanah daripada pemilik tanah ladang … Continue reading Pekerja Ladang Bukit Beruntung tuntut tanah untuk selesaikan penantian rumah selama 20 tahun
33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa
SENTUL, KUALA LUMPUR - 24 November 2019: Lebih 30 orang penduduk Kampung Segambut Permai membuat aduan polis secara beramai-ramai pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Sentul, berkenaan dengan isu perumahan yang dihadapi oleh mereka. Sebanyak 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai telah mendapat satu notis pengosongan rumah baru-baru ini. Notis yang dikeluarkan berasaskan satu Penghakiman Persetujuan di … Continue reading 33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa
MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil
Jawatankuasa Petani Kecil Chemor bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak pada 21 Oktober 2019, untuk membawa kepada perhatian Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tentang masalah yang dihadapi oleh petani-petani kecil yang belum ditangani. Petani-petani kecil yang terlibat datang dari 3 kawasan, iaitu dua kumpulan dari Tanah … Continue reading MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil
Petani Tanah Hitam memohon tanah untuk teruskan pertanian
IPOH, PERAK - 11 SEPTEMBER 2019: 14 orang petani dari Tanah Hitam, Perak, mengemukakan permohonan tanah pada hari ini di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta. Petani-petani kecil yang mengusahakan pertanian di kawasan Ulu Chemor ini sedang berada di ambang pengusiran paksa, berikutan tanah yang diusahakan mereka dirampas dan diperuntukkan sebagai hadiah kepada pemain Pasukan Bola … Continue reading Petani Tanah Hitam memohon tanah untuk teruskan pertanian
Menteri perlu belajar dari kesilapan Eropah dalam dasar penyatuan tanah pertanian
oleh Sharan Raj Pengumuman daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sudah memulakan pelan tindakan bagi melaksanakan dasar penyatuan tanah sawah untuk diuruskan oleh pihak korporat, amat mengejutkan dan membimbangkan. PSM menggesa Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas agar tidak mengambil … Continue reading Menteri perlu belajar dari kesilapan Eropah dalam dasar penyatuan tanah pertanian
Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan
Masyarakat Orang Asli suku Temiar di Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak, telah mendirikan sekatan jalan (blockade) untuk menghalang pembalakan di kawasan tanah adat mereka, tetapi menghadapi gangguan yang berterusan daripada pihak berkuasa dan syarikat pembalak. Pada 20 Julai 2019, pembalak telah merobohkan sekatan jalan yang didirikan Orang Asli dengan bantuan pihak polis. 3 orang daripada … Continue reading Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan
