20191024 - 72801362_2423788224504437_664712919962877952_n

Jawatankuasa Petani Kecil Chemor bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak pada 21 Oktober 2019, untuk membawa kepada perhatian Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tentang masalah yang dihadapi oleh petani-petani kecil yang belum ditangani.

Petani-petani kecil yang terlibat datang dari 3 kawasan, iaitu dua kumpulan dari Tanah Hitam dan satu lagi dari Sungai Bali, Kuala Kuang. Mereka semuanya sedang menghadapi masalah ancaman pengusiran. Walaupun petani-petani ini telah menyerahkan beberapa surat dan memorandum kepada pihak Menteri Besar Perak sebelum ini, namum sehingga hari ini, petani-petani ini masih belum dihubungi untuk perbincangan dengan pihak Menteri Besar. Oleh yang demikian, petani-petani ini meminta supaya pihak Menteri Besar Perak memberikan satu tarikh unutk berjumpa dengan mereka supaya membincangkan penyelesaian untuk masalah mereka.

Tanah Hitam I  

Petani-petani berkenaan diusir keluar dari kebun-kebun mereka pada tahun 2001 dan diberi tanah seluas 1-2 ekar masing-masing di kawasan yang bersebelahan dengan Lesen Pendudukan Sementara. Malangnya, tanah gantian ini diberikan hakmilik kepada syarikat Saujana Aman Jaya Properties. Petani-petani yang pernah diusir ini menghadapi ancaman pengusiran lagi. Mereka pernah menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar pada 12 Julai 2017.

Tanah Hitam II

Tanah yang diusahakan petani-petani sekarang ini dalam proses diambil oleh Pejabat Tanah dengan tujuan untuk menganugerahkan tanah berkenaan kepada Pasukan Bolasepak Negeri Perak. Para petani yang berkenaan telah menyerahkan surat rayuan kepada pihak Menteri Besar pada 25 Julai 2019.

Sungai Bali, Kuala Kuang

Tanah yang diusahakan oleh petani-petani telah diberi milik kepada Syarikat Bukit Aneka Sdn Bhd pada tahun 2007 dan sekarang syarikat itu sedang cuba mengusirkan petani-petani di situ. Petani-petani yang terlibat telah menyerahkan surat rayuan kepada pihak Menteri Besar pada 27 Ogos 2019.

20191024 - 72485543_2423788217837771_1714739399138213888_n.jpg
Petani-petani kecil Chemor menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Perak pada 21 Oktober 2019. Turut bersama ialah Dr. Jeyakumar Devaraj (Pengerusi PSM).

Menteri Besar harus campurtangan

Semua petani yang menghadapi ancaman pengusiran ini telah mengusahakan tanah untuk pertanian sejak sekurang-kurangnya 50 tahun dahulu. Tanah yang diusahakan mereka merupakan punca pendapatan utama untuk mereka.

Mereka yang menyerahkan surat atau memorandum kepada Pejabat Menteri Besar, telah diberitahu oleh pegawai di Pejabat Menteri Besar yang menerima surat mereka bahawa surat mereka akan dipanjangkan untuk perhatian Menteri Besar Perak. Namun, sehingga sekarang, petani-petani yang berkenaan masih belum dihubungi oleh pihak Menteri Besar atau Pejabat Daerah dan Tanah Kinta untuk berdialog. Dalam kes berkatian Tanah Hitan II (tanah diberikan kepada pasukan bolasepak), Menteri Besar Perak sendiri telah mengumumkan dalam suratkhabar bahawa semua petani yang terlibat telah diberi tanah gantian, tetapi perkara ini tidak berlaku. Sehingga hari ini, langsung tiada sebarang mesyuarat dengan Pejabat Tanah untuk menguruskan perkara yang disebut oleh Menteri Besar.

Dalam kes Tanah Hitam I, petani-petani berkenaan telah menerima salinan surat daripada Pejabat Menteri Besar Perak kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta bertarikh 24 Julai 2017. Namun, walaupun mereka telah menulis surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta untuk bertanyakan perkembangan, sehingga kini masih belum dipanggil untuk perbincangan.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu pernah bercakap dengan media massa bahawa Kerajaan Negeri Perak ingin melaksanakan dasar baru di mana petani kecil tidak akan diusir, sebaliknya akan diberi lesen atau pajakan untuk menggunakan tanah bagi tujuan pertanian untuk satu tempoh tertentu. Namun, dasar ini tidak ditunjukkan dalam pengendalian kes-kes yang dihadapi oleh petani-petani dari Chemor ini. Para petani menggesa pihak Menteri Besar Perak supaya menetapkan satu tarikh perjumpaan dengan mereka untuk berbincang dan menyelesaikan masalah mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s