Keluarga M. Suppaya yang berdepan dengan ancaman pengusiran baru-baru ini akhirnya mendapat kelegaan dan ketenangan apabila mereka ditawarkan tanah alternatif.

Keluarga M. Suppaya yang tinggal di rumah tanah kuarters Hospital Kajang di Sungai Jelok, Kajang, menghadapi ancaman perobohan rumah mereka pada 12 April 2021, apabila rumah papan mereka terpaksa berdepan dengan jentolak, polis dan pasukan penguatkuasa dalam lingkungan 40 orang. Namun, perobohan pada hari itu dapat diberhentikan sementara selepas pihak Menteri Besar Selangor mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat untuk menangguhkan operasi perobohan rumah berikutan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk desakan daripada aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang berada di tempat kejadian.

Tawaran tanah alternatif kepada keluarga Suppaya telah diberikan semasa satu mesyuarat pada 4 Mei 2021, yang dipengerusikan oleh Hee Loy Sian selaku Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN kawasan Kajang. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah keluarga M. Suppaya, Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan S. Arutchelvan daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang membantu keluarga Suppaya dalam isu ini.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa keluarga Suppaya akan diberikan tawaran tanah gantian, sama seperti yang pernah ditawarkan kepada 6 buah keluarga bekas pekerja Hospital Kajang pada tahun 2016. Selain itu, adalah disarankan bahawa keluarga Suppaya dibenarkan untuk menduduki rumah mereka sekarang sehingga bulan Ogos 2021, dan selepas itu dicadangkan untuk memberikan sewa rumah selama satu tahun kepada mereka.

Arutchelvan berkata, “Keluarga Suppaya dan PSM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan kerana satu isu pengusiran yang melibatkan sebuah keluarga peneroka asal akhirnya diselesaikan dengan persetujuan alternatif terlebih dahulu sebelum rumah dirobohkan.”

Latar belakang isu pengusiran keluarga Suppaya

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s