20190911 - petani.jpg

IPOH, PERAK – 11 SEPTEMBER 2019: 14 orang petani dari Tanah Hitam, Perak, mengemukakan permohonan tanah pada hari ini di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Petani-petani kecil yang mengusahakan pertanian di kawasan Ulu Chemor ini sedang berada di ambang pengusiran paksa, berikutan tanah yang diusahakan mereka dirampas dan diperuntukkan sebagai hadiah kepada pemain Pasukan Bola Sepak Perak.

Petani-petani ini telah meneroka dan mengusahakan tanah untuk pertanian untuk bergenerasi. Walaupun kita patut menghargai sumbangan pemain-pemain pasukan bola sepak Perak dan mereka layak diberi imbuhan,  kenapa Kerajaan Negeri Perak mahu merampas tanah yang diteroka petani kecil tanpa menawarkan tanah alternatif kepada mereka?

Petani-petani dari Tanah Hitam ini telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menter Besar Perak pada 25 Julai 2019. Sehingga hari ini, tiada mesyuarat rasmi daripada pihak kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Justeru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang membantu petani-petani kecil Tanah Hitam ini mengambil langkah untuk membuat permohonan tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Petani-petani kecil yang sudah lama mengusahakan tanah dan mengeluarkan tanaman makanan patut diberi perlindungan hak tanah dan tidak harus diusir sewenang-wenangnya.

 

 

.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s