Petani Chepor diancam pengusiran

Sekumpulan petani yang bercucuk tanam di kawasan Chepor, Perak, menghadapi ancaman pengusiran apabila sebuah syarikat pemaju menceroboh masuk ke tanah yang diusahakan mereka untuk melakukan kerja pengosongan tanah. Pengusiran telah diberhentikan sementara dan petani-petani yang terkesan sedang cuba berunding untuk mendapatkan penyelesaian yang adil.

Protes berjaya hentikan lelong rumah keluarga mendiang Chandrasekar

Sebuah keluarga yang tinggal di Sungai Siput, Perak, mengadakan protes di hadapan ibupejabat Bank OCBC, dengan tuntutan supaya pihak bank menghentikan tindakan kejam yang melelongkan rumah mereka selepas kematian ketua isi rumah yang merupakan peminjam wang dengan bank itu. Proses pelelongan telah diberhentikan dan rumah mereka berjaya diselamatkan selepas protes ini.

Dua orang petani Mambang Diawan didakwa “menceroboh” tanah pemaju hartanah

KAMPAR: Dua orang petani di Mambang Diawan, Perak, yang sudah lama mengusahakan tanah pertanian, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kampar pada 12 Mac 2021 atas pertuduhan aktiviti pertanian yang diusahakan mereka telah menceroboh tanah milik syarikat pemaju hartanah. Dua orang petani di Mambang Diawan ini ditangkap oleh polis dan ditahan semalaman di lokap Ibupejabat Polis … Continue reading Dua orang petani Mambang Diawan didakwa “menceroboh” tanah pemaju hartanah