Petani Chepor diancam pengusiran

Sekumpulan petani yang bercucuk tanam di kawasan Chepor, Perak, menghadapi ancaman pengusiran apabila sebuah syarikat pemaju menceroboh masuk ke tanah yang diusahakan mereka untuk melakukan kerja pengosongan tanah. Pengusiran telah diberhentikan sementara dan petani-petani yang terkesan sedang cuba berunding untuk mendapatkan penyelesaian yang adil.

Protes berjaya hentikan lelong rumah keluarga mendiang Chandrasekar

Sebuah keluarga yang tinggal di Sungai Siput, Perak, mengadakan protes di hadapan ibupejabat Bank OCBC, dengan tuntutan supaya pihak bank menghentikan tindakan kejam yang melelongkan rumah mereka selepas kematian ketua isi rumah yang merupakan peminjam wang dengan bank itu. Proses pelelongan telah diberhentikan dan rumah mereka berjaya diselamatkan selepas protes ini.