SERI MANJUNG, PERAK: “Rasa nak bunuh diri” … inilah perasaan pekerja-pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung disebabkan pemangsaan dan tekanan yang dikenakan oleh pihak majikan Edgenta UEMS melalui penyelia-penyelia syarikat itu secara berterusan.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengadakan satu aksi protes pada 22 April 2021 di hadapan Hospital Seri Manjung, untuk menggesa Edgenta UEMS supaya menghentikan segala gangguan dan tekanan terhadap pekerja pembersihan di situ. Gangguan dan tekanan sebegini sudah bermula sejak tahun 2019, sebelum Edgenta UEMS mengambilalih secara rasminya kontrak perkhidmatan pembersihan bagi hospital-hospital kerajaan di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 1 Januari 2020.

Salah seorang pekerja yang disasarkan dan dimangsakan secara berterusan oleh pihak pengurusan syarikat ialah Logisawaran yang juga dikenali sebagai Tharani. Tharani ialah Ahli Jawatankuasa Tempat Kerja untuk Kesatuan KPSPSHKSM di Hospital Seri Manjung. Dia sering menghadapi gangguan dan pemangsaan daripada pihak pengurusan syarikat Edgenta UEMS.

Tharani ialah seorang transgender, dan dia sering menghadapi layanan diskriminasi daripada pihak pengurusan syarikat. Pada tahun 2019, Tharani dipaksa oleh salah seorang penyelia UEMS untuk memotong rambutnya, menanggalkan subang dan rantai yang dipakainya, sedangkan penyimpanan rambut panjang dan pemakaian subang atau rantai itu tidak berkaitan langsung dengan prestasi kerjanya.

Lebih teruk lagi selepas Edgenta UEMS mengambilalih sepenuhnya kontrak perkhidmatan pembersihan pada tahun 2020, Tharani menerima tekanan yang berterusan daripada pihak pengurusan, seperti sengaja tidak diberikan lokasi bertugas, gaji sebulan ditahan, malah diberhentikan kerja tanpa notis hanya kerana dia membantah pihak syarikat UEMS memaksa pekerja untuk bekerja 1 jam tambahan setiap hari tanpa dibayar bayaran lebih masa (OT). Tharani hanya disuruh kembali bekerja sehari selepas dia membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berkenaan dengan pemberhentian kerja tanpa notis itu.

Tharani juga sering diberi surat kaunseling dan surat amaran walaupun dia sudah menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak syarikat Edgenta UEMS. Tharani memenangi kes tuntutan OT sejam yang tidak dibayar oleh pihak syarikat dalam Mahkamah Buruh Sitiawan, tetapi pihak syarikat Edgenta UEMS sedang mencabar keputusan Mahkamah Buruh tersebut di Mahkamah Tinggi. Pihak pengurusan Edgenta UEMS juga meningkatkan intimidasi terhadap Tharani selepas itu, dan menimbulkan tekanan jiwa yang semakin teruk pada dirinya. Pemangsaan terhadap Tharani juga dipercayai bahawa mempunyai unsur-unsur memecahkan kesatuan sekerja di tempat kerja.

Seorang lagi pekerja wanita di Hospital Seri Manjung pula menghadapi masalah sengaja ditukarkan lokasi bertugasnya ke wad lelaki kerana tindakan balas dendam oleh salah seorang penyelia. Oleh kerana itu, pekerja tersebut mengalami tekanan jiwa sehingga pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Pekerja tersebut berasa hendak bunuh diri dan akhirnya dia telah berhenti kerja.

Walaupun Kesatuan KPSPSHKSM telah membuat banyak aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan pihak pengurusan Edgenta UEMS, tetapi keadaan ini tidak berubah dan pekerja-pekerja terus dimangsakan dan diancam oleh Edgenta UEMS. Oleh itu, KPSPSHKSM mengadakan aksi protes untuk menyuarakan kekecewaan terhadap keadaan ini dan mendesak pihak syarikat Edgenta UEMS supaya memperbetulkan keadaan dengan segera.

Selepas pekerja-pekerja yang menganggotai KPSPSHKSM mengadakan aksi perhimpunan secara aman dan patuh SOP pencegahan wabak di hadapan Hospital Seri Manjung, wakil daripada KPSPSHKSM dapat bertemu dengan wakil syarikat Edgenta UEMS, Eric Lee, untuk perbincangan. Selepas perjumpaan pada 22 April 2021, Eric Lee telah berjanji bahawa dia akan membawa isu ini kepada perbincangan dengan pengurusan tinggi Edgenta UEMS dan akan memberi maklum balas pada 20 Mei 2021.

Antara tuntutan yang dikemukakan oleh KPSPSHKSM kepada pihak syarikat Edgenta UEMS ialah:

  • Hentikan serta-merta segala tindakan yang memecahkan kesatuan sekerja di Hospital Seri Manjung dan juga semua hospital lain di bawah syarikat Edgenta UEMS.
  • Hentikan segera segala gangguan dan tekanan yang diberi oleh pengurus wilayah, ketua penyelia dan penyelia syarikat Edgenta UEMS yang menyebabkan pekerja-pekerja tertekan dari segi mental dan fizikal.
  • Melibatkan kesatuan sekerja dalam semua hal ehwal pekerja di semua hospital.
  • Menjamin keharmonian industri bagi pekerja-pekerja di tempat kerja.
  • Mengadakan perjumpaan dngan kesatuan sekerja dengan segera.

One thought on “Pekerja pembersihan alami masalah tekanan jiwa kerana gangguan dan ancaman daripada syarikat Edgenta UEMS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s