Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

IPOH, PERAK: Petani-petani di kawasan Chepor, Perak, dapat memberhentikan ancaman pengusiran paksa untuk sementara waktu selepas mereka mendapat perintah interim daripada mahkamah.

Pada 3 Mei 2021, Majistret Khir Nizam Bin Jemari di Mahkamah Majistret Ipoh, telah memberikan Perintah Interim di bawah Seksyen 99(1) Kanun Prosedur Jenayah kepada 8 orang petani di kawasan Taman Chepor Sentosa, setelah beliau memutuskan bahawa wujudnya satu pertikaian tanah yang boleh menyebabkan pecah keamanan. Pihak Majistret telah menetapkan tarikh 27 Mei 2021 untuk kedua-dua pihak pemaju dan petani hadir ke mahkamah supaya mengemukakan kenyataan masing-masing.

Petani-petani di kawasan Taman Chepor Sentosa yang sudah mengusahakan aktiviti pertanian di situ sejak zaman sebelum kemerdekaan, menghadapi ancaman pengusiran paksa baru-baru ini apabila pihak pemaju menceroboh tanah yang diusahakan mereka dan cuba memusnahkan tanaman mereka. Syarikat pemaju, KM Majubina Sdn Bhd, bertindak menceroboh tanah petani-petani ini secara tiba-tiba tanpa mengikut prosedur undang-undang yang sepatutnya. Semasa menceroboh masuk ke dalam tanah yang diusahakan petani-petani Chepor, orang suruhan daripada syarikat pemaju cuba mengelirukan petani-petani dan pihak polis yang berada di situ dengan mengemukakan dokumen mahkamah yang tidak kena mengena langsung dengan tanah berkenaan. Dalam erti kata lain, pihak pemaju tidak mempunyai perintah mahkamah yang sah untuk mengosongkan tanah yang sedang diusahakan oleh petani-petani di kawasan Taman Chepor Sentosa.

Syarikat KM Majubina telah mengupah sekumpulan orang suruhan untuk memasuki tanah pertanian dan memusnahkan tanaman di kawasan Taman Chepor Sentosa tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan petani-petani di situ ataupun mempunyai apa-apa perintah mahkamah yang sah. Walaupun pihak syarikat KM Majubina mendakwa dirinya ialah pemilik tanah, tetapi sebarang kerja pengosongan tanah harus melalui proses undang-undang dan juga perundingan yang berpatutan dengan pihak petani yang terlibat, bukannya mengambil jalan pintas dengan mengugut dan menggunakan cara yang keras terhadap petani-petani yang sudah lama mengusahakan tanah di situ.

Petani-petani Chepor menyeru pada Kerajaan Negeri Perak supaya mencampurtangan untuk menghalang pengusiran paksa terhadap petani tanpa tanah gantian.

PSM bersama-sama dengan Gabungan Petani dan Penternak Perak telah melancarkan satu kempen “Kekalkan Tanah untuk Pertanian” baru-baru ini, dengan tuntutan kepada kerajaan supaya mengekalkan kawasan-kawasan pertanian yang menghasilkan bahan-bahan makanan demi melindungi jaminan makanan rakyat Malaysia. PSM telah menggesa Kerajaan Negeri Perak untuk mengenalpasti tanah kerajaan yang sedang diusahakan oleh petani-petani kecil dan menjadikan kawasan-kawasan ini sebagai tanah pertanian pengeluaran makanan yang kekal. PSM mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan pajakan berjangka Panjang (10 hingga 20 tahun) kepada petani-petani kecil yang menanam sayur supaya mereka mempunyai jaminan penggunaan tanah dan berkeyakinan untuk melabur dalam penaiktarafan aktiviti pertanian mereka. Perjanjian pajakan itu harus menyatakan bahawa mana-mana petani yang tidak lagi berminat untuk meneruskan aktiviti pertanian itu perlu menyerahkan balik tanah berkenaan supaya ia dapat dipajakkan kepada orang lain yang bersedia untuk mengeluarkan hasil tanaman makanan. Kempen “Kekalkan Tanah untuk Pertanian” ini juga menggesa untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat negeri yang memantau pengendalian tanah kerajaan yang digunakan oleh petani-petani kecil dan mengimbangi kuasa Menteri Besar dalam membuat keputusan berkenaan dengan tanah pertanian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s