oleh Nik Aziz Afiq Aktivis PSM Khalid Ismath yang telah ditahan oleh pihak polis pada 13 September 2019 di bawah Akta Hasutan 1948 telah dibebaskan di bawah jaminan polis pada hari ini, pukul 12.15pm, dari Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi Pihak polis tidak meneruskan cadangan untuk mereman saudara Khalid Ismath, sebaliknya hanya mengambil keterangannya bagi … Teruskan membaca Khalid Ismath dibebaskan – Mansuhkan Akta Hasutan
Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Pemuda PSM menzahirkan sokongan kepada usul pindaan perlembagaan bagi menurunkan kelayakan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Menurut kenyataan Azhar Azizan Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), usul ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Julai ini untuk dibahaskan. Kami melihat usul ini penting sekiranya … Teruskan membaca Sokong turunkan umur pengundi, tapi adakah kerajaan sedia hormati suara pengundi?
Dialog sang pokok
oleh Nik Aziz Afiq Akhirnya, setelah berlalu beberapa hari, barulah anak pokok muda, kecil dan lemah itu dapat tegak kembali. Sakit dipukul ribut masih terasa dalam segenap sendi. Serik dan tak mahu ulang lagi. Alangkah terkejutnya anak pokok kecil ini melihat pokok tua yang sudahpun menjadi tunggul hanya tersenyum melihat ke arahnya, mukanya tenang seperti … Teruskan membaca Dialog sang pokok
Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah
oleh Nik Aziz Afiq Terima kasih semua! Dalam doa-doa saya selalunya pada sujud dan tahiyat saya tak meminta kemenangan diberikan pada saya, saya meminta agar diberikan yang terbaik. Semalam dalam FB live terakhir kempen juga saya tak tergamak untuk menyeru orang mengundi saya, saya minta undilah calon terbaik. Maka rakyat Semenyih telah memilih, dan saya … Teruskan membaca Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah
PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor
Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih yang berlangsung pada 2 Mac 2019, menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas semula satu kerusi DUN Selangor daripada Pakatan Harapan (BN). BN sekarang ini menguasai 5 kerusi dalam DUN Selangor bersama dengan PAS yang ada 1 kerusi, sementara PH masih memegang 50 kerusi. Ini merupakan satu amaran kepada Kerajaan … Teruskan membaca PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor
Somonyih Tompek Kito
oleh Nik Aziz Afiq Di sini, Kita mengenal kehidupan, Memulakan pembelajaran, Membina keluarga aman, Mencari rezeki Tuhan, Menyumbang bakti watan, Menawar khidmat tanpa sekatan. Di sini, Kita berkenalan, Menjalin jaringan persahabatan, Menyemai benih kenangan, Meraih detik kejayaan, Menempuh saat kegagalan, Mengharung tiap ujian. Walau berbeza fahaman parti, Somonyih Tompek Kito, Walau beragama dengan cara berlainan, … Teruskan membaca Somonyih Tompek Kito
Kenali Nik Aziz Afiq – calon PSM untuk PRK Semenyih
Nik Aziz Afiq Bin Haji Abdul, calon yang paling muda dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, lahir pada 7 Julai 1994 di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Beliau dinamakan sempena Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan selaku pemimpin yang dikagumi oleh ayahnya, Haji Abdul. Ayah Nik Aziz Afiq sendiri … Teruskan membaca Kenali Nik Aziz Afiq – calon PSM untuk PRK Semenyih
“Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih
KAJANG, SELANGOR – 16 Februari 2019: Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN N24 Semenyih akan menyaksikan pertembungan 4 penjuru, dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil untuk kali pertama, walaupun ini merupakan kali ke-4 PSM meletakkan calon untuk bertanding di kawasan DUN Semenyih. Proses penamaan untuk PRK Semenyih berlangsung di Dewan Seri … Teruskan membaca “Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih
Nak parti politik yang macam mana?
oleh Nik Aziz Afiq "Boleh tak kalau nak bantu orang tak payah pakai nama parti politik? Nampak tak ikhlas tau tak!" "Asyik update parti dia bantu orang sini sana, lapar perhatian betul, macamlah parti dia je yang tolong orang." Ini komen biasa yang saya selalu dengar dan terima. Biasanya saya senyum sahaja sebagai jawapan lalu … Teruskan membaca Nak parti politik yang macam mana?
Mahasiswa pasca kerajaan baru
oleh Nik Aziz Afiq Beberapa hari ini saya seperti dapat kejutan baru. Kejutan yang agak menyegarkan semangat dan kepercayaan saya kepada gerakan mahasiswa yang asalnya sudah mulai luntur beberapa tahun kebelakangan. Pandangan saya tak tepat, sekadar untuk peribadi saya melihat gerakan mahasiswa melalui beberapa era. Era sebelum AUKU, era pasca AUKU, era Najib dan kini … Teruskan membaca Mahasiswa pasca kerajaan baru