Semenyih, Sosialisme dan PSM

oleh S. Arutchelvan  Pada 2 Mac 2019, Parti Sosialis Malaysia (PSM) hilang depositnya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih. Walaupun keputusan ini seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan anggota dalam kepimpinan PSM yang menyedari bahawa bertanding dalam pilihanraya ini merupakan satu tugas yang amat mencabar. Walau bagaimanapun, keputusan ini barangkali mengecewakan sesetengah orang yang bersikap optimis dan … Continue reading Semenyih, Sosialisme dan PSM

PRK Semenyih catat rekod tertinggi kesalahan pilihanraya, tapi PSM dan Uncle Kentang paling bersih

8 Mac 2019: Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih di Selangor, telah mencatatkan rekod kesalahan pilihanraya yang tertinggi dalam 6 pilihanraya kecil yang diadakan sejak PRU-14. Walau bagaimanapun, Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang meletakkan Nik Aziz Afiq sebagai calonnya dan calon bebas Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang didapati tidak melakukan … Continue reading PRK Semenyih catat rekod tertinggi kesalahan pilihanraya, tapi PSM dan Uncle Kentang paling bersih

Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah

oleh Nik Aziz Afiq Terima kasih semua! Dalam doa-doa saya selalunya pada sujud dan tahiyat saya tak meminta kemenangan diberikan pada saya, saya meminta agar diberikan yang terbaik. Semalam dalam FB live terakhir kempen juga saya tak tergamak untuk menyeru orang mengundi saya, saya minta undilah calon terbaik. Maka rakyat Semenyih telah memilih, dan saya … Continue reading Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah

PRK Semenyih: Rakyat masih belum bersedia untuk alternatif ketiga

oleh S. Arutchelvan Berdasarkan keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih, Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menyatakan bahawa PSM menerima hakikat bahawa PSM telah kalah dan gagal mendapat balik deposit dalam PRK Semenyih kali ini. Keputusan ini walaupun pedih, tetapi mengambarkan hakikat keadaan politik negara kita hari ini di mana pengundi masih belum bersedia untuk menerima alternatif … Continue reading PRK Semenyih: Rakyat masih belum bersedia untuk alternatif ketiga

PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor

Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih yang berlangsung pada 2 Mac 2019, menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas semula satu kerusi DUN Selangor daripada Pakatan Harapan (BN). BN sekarang ini menguasai 5 kerusi dalam DUN Selangor bersama dengan PAS yang ada 1 kerusi, sementara PH masih memegang 50 kerusi. Ini merupakan satu amaran kepada Kerajaan … Continue reading PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor

Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 1 MAC 2019: “Kami telah melakukan yang sebaik mungkin untuk menampilkan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkualiti sebagai pilihan untuk mewakili rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, dan kini terletak dalam tangan pengundi Semenyih untuk menentukan siapa yang bakal dipilih menjadi ADUN Semenyih,” begitu katanya S. Arutchelvan selaku Pengarah Jentera Kempen … Continue reading Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih

Menteri jangan jadi jurucakap majikan

SEMENYIH, SELANGOR – 28 FEBRUARI 2019: “Menteri perlu berhenti menjadi jurucakap untuk majikan. Jika hendak menjadi jurucakap untuk majikan, lebih baik meletak jawatan dan bekerja terus untuk Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF),” begitunya seruan daripada S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam satu sidang akhbar khas pelancaran talian hotline aduan gaji minimum yang … Continue reading Menteri jangan jadi jurucakap majikan

Masyarakat sivil seru untuk undi PSM dalam PRK Semenyih sebagai usaha membina kuasa progresif baru

SEMENYIH, SELANGOR – 27 FEBRUARI 2019: Aktivis-aktivis masyarakat sivil daripada pelbagai latar belakang telah menyeru pada pengundi di kawasan DUN Semenyih untuk mengundi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih yang akan datang ini, sebagai satu langkah yang penting untuk membina kuasa progresif yang baru dalam politik Malaysia. Seruan … Continue reading Masyarakat sivil seru untuk undi PSM dalam PRK Semenyih sebagai usaha membina kuasa progresif baru

Sistem kontrak di premis kerajaan – formula untuk kekalkan kemiskinan pekerja bawahan

SEMENYIH, SELANGOR – 26 FEBRUARI 2019: Sistem kontrak ataupun penyumberan luar (outsourcing) untuk kerja-kerja khidmat sokongan seperti kawalan keselamatan dan pembersihan di premis-premis kerajaan, telah membiak dan mengekalkan kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja berpendapatan rendah. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan sistem kontrak untuk kerja-kerja khidmat sokongan di … Continue reading Sistem kontrak di premis kerajaan – formula untuk kekalkan kemiskinan pekerja bawahan