Setiap orang ada masanya tersendiri. Kita tidak terlambat kerana kita tidak berlumba dengan siapapun melainkan hanya melalui perjalanan ini.
Tak serikkah asyik kalah?
PSM tidak hidup kerana pilihanraya, PSM tidak akan mati kerana pilihanraya.
Lawan majikan zalim, bukan atas sentimen agama
Mungkin kerana sentimen agama ini laris, senang membangkitkan emosi sekaligus menjadikan pembicaranya sebagai “hero”, “pejuang agama”, maka ia menjadi begitu laku untuk diambil kesempatan. Sekaligus ia menjadi senjata untuk memercikkan api permusuhan antara agama dan kaum.
Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain
oleh Nik Aziz Afiq Kita sedang berada dalam mood meraikan ulangtahun kemerdekaan negara kita ke-63. Bagi umat Islam, baru sahaja sampai setengah bulan dari awal tahun Hijrah. Dua peristiwa besar yang dikenang setiap tahun ini dicemari baru-baru ini apabila Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Nik Muhammad Zawawi Salleh, menayangkan keangkuhan dengan menghiris hati komuniti Kristian dalam … Continue reading Nik Zawawi perlu mohon maaf, henti campuri urusan agama orang lain
Bukan soal parti anak muda, tetapi prinsip dan ideologi perjuangan
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Saya tertarik dengan laporan akhbar di mana YB Syed Saddiq diberitakan tidak menyertai parti Pejuang yang ditubuhkan “bos”” beliau, sebaliknya bercadang untuk menubuhkan parti baru berteraskan anak muda dan lebih utama ia berbilang kaum. Ketertarikan saya itu cepat pula pudar apabila kenyataan seterusnya dibaca bahawa meskipun menubuhkan parti lain, beliau tetap berikan sokongan … Continue reading Bukan soal parti anak muda, tetapi prinsip dan ideologi perjuangan
Bolehkah kita korbankan kebencian?
oleh Nik Aziz Afiq bin Abdul Malaysia adalah salah satu negara yang sejak dulu lagi prihatin dan lantang bersuara mengenai kezaliman di negara-negara lain, dari perjuangan melawan Apartheid di Afrika Selatan, menentang penindasan terhadap orang Palestin, isu Rohingya di Myammar, hinggalah etnik Uighur di China. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada satu ketika dulu, … Continue reading Bolehkah kita korbankan kebencian?
Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi
oleh Nik Aziz Afiq Bin Abdul Sidang Dewan Rakyat pada 14 Julai lalu menimbulkan satu isu yang hangat diperkatakan, iaitu berkenaan pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjawab soalan di Parlimen dengan mengatakan bahawa idea pilihanraya tempatan tidak mendapat sokongan ketika berada dalam Pakatan Harapan (PH) dan tidak … Continue reading Pilihanraya Kerajaan Tempatan satu keperluan! – Kembalikan demokrasi kepada akar umbi
Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?
oleh Nik Aziz Afiq Ramadhan adalah bulan yang begitu mengujakan bagi umat Islam. Selama sebulan umat Islam akan menahan lapar dan dahaga pada waktu siangnya dan memperbanyak solat serta ibadah lain pada waktu malamnya. Bulan ini dijanjikan keampunan, dijanjikan ganjaran yang pelbagai malah diberitakan ketika Ramadhan, syaitan akan diikat daripada kerja-kerja menghasut umat supaya melakukan … Continue reading Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?
Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?
oleh Nik Aziz Afiq Pada 3 April lalu, saya dan rakan-rakan sekolah lama saya di Semenyih berpeluang menyertai sebuah misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan. Sedikit kelainan dalam misi ini ialah ia bukan menyasarkan warga tempatan, sebaliknya para pekerja dan mahasiswa warga Indonesia. Mungkin ada yang tertanya apa perlunya dibantu warga … Continue reading Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?
Mengapa Mahathir mahu hidupkan kembali mayat mumia yang sudah mati?
oleh Nik Aziz Afiq Kita dikejutkan dengan pengumuman Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan, baru-baru ini yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dikembalikan. Kami merasakan kesal kerana selaku orang yang berpengalaman, nampaknya Mahathir tidak belajar dari sejarah dan bakal mengulangi kesilapan yang sama lagi. Mangsanya … Continue reading Mengapa Mahathir mahu hidupkan kembali mayat mumia yang sudah mati?