20190914 - pemuda.jpg

oleh Nik Aziz Afiq

Aktivis PSM Khalid Ismath yang telah ditahan oleh pihak polis pada 13 September 2019 di bawah Akta Hasutan 1948 telah dibebaskan di bawah jaminan polis pada hari ini, pukul 12.15pm, dari Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi

Pihak polis tidak meneruskan cadangan untuk mereman saudara Khalid Ismath, sebaliknya hanya mengambil keterangannya bagi membantu siasatan.

Kami menegaskan bahawa pihak kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan memberikan keterangan tanpa memerlukan penahanan aktivis kami yang akan merugikan masa dan sumber pihak polis dalam menjalankan tugas mereka.

Kami ucapkan terima kasih atas keprihatinan Baginda Permaisuri yang merespon segera tentang isu ini bagi meredakan salah faham yang berlaku. Jutaan terima kasih juga buat semua rakan-rakan yang bersolidariti sejak malam semalam yang terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis serta barisan peguam termasuk Visva, Sin Yew dan beberapa orang lain yang bergegas untuk membantu Khalid Ismath.

Kami menuntut pada Kerajaan Malaysia untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan. Sebelum ini, Akta Hasutan adalah salah satu akta yang telah digunakan untuk membuat penangkapan politik terhadap pengkritik kerajaan dan kami berasa sedih kerana ianya berterusan dalam Malaysia Baru. Akta Hasutan adalah akta yang melanggar hak asasi manusia dan merampas hak untuk bersuara. Mansuhkan Akta Hasutan dengan segera dan bebaskan semua yang telah ditahan hanya kerana memberikan kritikan.

Mansuh Akta Hasutan 1948!

==========

Nik Aziz Afiq ialah Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *