20190215160629__MG_1148

oleh Nik Aziz Afiq

Terima kasih semua!

Dalam doa-doa saya selalunya pada sujud dan tahiyat saya tak meminta kemenangan diberikan pada saya, saya meminta agar diberikan yang terbaik.

Semalam dalam FB live terakhir kempen juga saya tak tergamak untuk menyeru orang mengundi saya, saya minta undilah calon terbaik.

Maka rakyat Semenyih telah memilih, dan saya hormati pilihan itu dengan hati terbuka dan ucapan terima kasih pada 847 pengundi yang berikan kepercayaan pada saya.

Walau angka itu kecil bagi pandangan kebanyakan orang, bagi saya itu jumlah yang besar. Kepercayaan adalah harta termahal yang dapat diberikan orang kepada kita.

Hari esok bermulalah ujian sebenar buat saya, iaitu apakah saya akan melaksanakan apa yang saya katakan sebelum ini iaitu untuk terus berkhidmat walaupun kalah.

Sekiranya saya tidak laksanakan apa yang saya katakan, itu tanda saya tak hargai kepercayaan 847 orang yang mengundi saya dan PSM hari ini.

Saya ucapkan terima kasih, pada semua yang menyokong dan mendokong perjuangan ini walau siapa pun anda. Saya minta maaf kerana mungkin keputusan ini mengecewakan anda.

Kita boleh kalah, tapi kita tak boleh mengalah. Seperti saya katakan pada media, perjuangan itu satu proses, ia mengambil masa ibarat air yang menitik pada batu. Kita boleh hilang deposit dan diketawakan, tetapi kita tak boleh hilang prinsip dan arah perjuangan.

Terima kasih semua!

==========

Nik Aziz Afiq ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Parti Sosialis Malaysia. Beliau merupakan calon PSM untuk Pilihanraya Kecil kawasan DUN Semenyih 2019.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s