Pemuda Sosialis dan PSM mengadakan protes di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan terhadap keganasan yang semakin meningkat di Manipur.
Pemerkasaan perlindungan sosial untuk warga emas
PSM mengemukakan cadangan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai usaha memperkasakan perlindungan sosial bagi golongan warga emas.
Tunaikan janji pilihan raya: Ambil alih penyelenggaraan flat kos rendah!
Gabungan Flat Kos Rendah Marhaen menggesa kerajaan supaya menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-15 dengan mengambil alih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah.
Jangan usir! Kekalkan Changkat Kinding sebagai kawasan pertanian
“Negara kita sedang menghadapi masalah kekurangan makanan dan harga makanan asas sedang meningkat,” kata Dr. Jeyakumar, Pengerusi Nasional PSM, semasa penyerahan memorandum bersama dengan petani-petani Changkat Kinding. “Negara kita sedang mengimport barangan makanan yang bernilai RM60 bilion setahun. Ini bukannya masa untuk menghancurkan kapasiti kita untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan bagi rakyat kita!”
Hentikan perang di Ukraine! Berikan satu peluang kepada kedamaian!
15 MAC 2023 – KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan satu memorandum yang disokong oleh 14 buah organisasi di Malaysia kepada Pejabat Perwakilan Kesatuan Eropah di Malaysia dan Kedutaan Besar Persekutuan Rusia di Kuala Lumpur pada hari ini, untuk menyatakan kebimbangan terhadap perang di Ukraine yang masih berterusan, dan menggesa untuk gencatan senjata serta … Continue reading Hentikan perang di Ukraine! Berikan satu peluang kepada kedamaian!
Masih tak dapat gaji minimum RM1,500: Kerajaan gagal bela pekerja B40
Walaupun gaji minimum RM1,500 sebulan telah mula berkuatkuasa pada bulan Mei 2022, tetapi selepas 9 bulan, masih adanya ramai pekerja yang diupah oleh kontraktor untuk bekerja di premis-premis kerajaan tidak dibayar dengan kadar gaji minimum terbaru ini. Sementara itu, wujudnya diskriminasi apabila kerajaan memanjangkan lagi tempoh pengecualian kepada majikan yang mengupah kurang daripada 5 orang pekerja dalam membayar gaji minimum RM1,500.
Penduduk B40 Cameron Highlands gesa kerajaan bina rumah PPR segera
JRM Cameron Highlands menggesa Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan supaya meluluskan dana untuk pembinaan rumah PPR di Cameron Highlands dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada bulan Februari 2023.
Masyarakat madani gesa kaji semula penyertaan Malaysia dalam CPTPP
Lebih 200 orang daripada pelbagai organisasi masyarakat madani berhimpun di luar Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan satu memorandum yang menyeru pada kerajaan supaya mengkaji semula penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Kerajaan harus kaji semula ratifikasi CPTPP yang jejaskan petani
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyampaikan kerisauan rakyat tentang penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada perhatian Kabinet dan mengkaji semula keputusan ratifikasi CPTPP yang boleh menjejaskan keterjaminan makanan di negara kita.
Malaysia harus batalkan ratifikasi CPTPP
Gabungan Kedaulatan Negara menggesa Perdana Menteri baharu supaya menangguhkan penyertaan CPTPP buat masa ini dengan menarik balik notis meratifikasi CPTPP.