Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai

KUALA LUMPUR - 7 SEPTEMBER 2020: Wakil masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Pahang, bersama dengan aktivis-aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Kuala Lumpur pada hari ini. Wakil daripada perkampungan Orang Asli Pos … Continue reading Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai

Pekerja pembersihan sekolah menang kes lawan PERKESO di mahkamah

KUALA LUMPUR - 7 SEPTEMBER 2020: Pekerja pembersihan sekolah, Valarmathy, menang dalam kesnya melawan PERKESO di mahkamah hari ini. Dalam keputusan yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato Sri Mariana Binti Haji Yahya, adalah dinyatakan bahawa Valarmathy berhak untuk membuat tuntutan PERKESO berkenaan dengan kemalangannya semasa menghantar rakan sekerjanya pulang ke rumah. Sebelum … Continue reading Pekerja pembersihan sekolah menang kes lawan PERKESO di mahkamah

Antara dua darjat: Kisah dua orang yang tidak mengaku salah

oleh S. Arutchelvan Ini adalah catatan tentang dua peristiwa yang berlaku di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada bulan ini. Satu melibatkan seorang bekas Perdana Menteri dan satu lagi melibatkan satu pasangan – seorang pemandu lori gas dan seorang wanita yang hilang kerja semasa pandemik COVID-19. Salah satu insiden berlaku pada 7 Julai 2020, manakala … Continue reading Antara dua darjat: Kisah dua orang yang tidak mengaku salah

Tidak patut “double standard” dalam soal hak berhimpun

oleh A. Sivarajan Pagi ini kita dikejutkan dengan perhimpunan lebih 3000 orang penyokong bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Persoalannya adalah, adakah Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan perhimpunan tersebut di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, lebih-lebih lagi apabila kita masih dalam Perintah Kawalan … Continue reading Tidak patut “double standard” dalam soal hak berhimpun

3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan

KUALA LUMPUR - 20 JULAI 2020: Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan dua orang lagi aktivis sosial telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan oleh pihak polis pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi. Mereka disiasat polis kerana kehadiran mereka dalam perhimpunan “Hari Hitam Kematian Dalam Tahanan di Malaysia” yang diadakan pada … Continue reading 3 orang aktivis disiasat polis kerana perhimpunan memperingati mangsa kematian dalam tahanan

Diskriminasi terhadap pekerja migran di Masjid India akan bawa bencana kepada semua

oleh Soh Sook Hwa Apabila kita menyaksikan negara Kuba menghantar pasukan perubatan ke Eropah untuk membantu dalam memerangi pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan kepada dunia dengan enggan memberikan sumbangan makanan kepada pekerja migran di Selangor Mansion dan Malayan Mansion. Kedua-dua bangunan yang terletak di Kuala Lumpur ini telah diwartakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan … Continue reading Diskriminasi terhadap pekerja migran di Masjid India akan bawa bencana kepada semua

Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?

oleh Nik Aziz Afiq Pada 3 April lalu, saya dan rakan-rakan sekolah lama saya di Semenyih berpeluang menyertai sebuah misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan. Sedikit kelainan dalam misi ini ialah ia bukan menyasarkan warga tempatan, sebaliknya para pekerja dan mahasiswa warga Indonesia. Mungkin ada yang tertanya apa perlunya dibantu warga … Continue reading Catatan COVID-19: Bagaimana nasib pekerja asing?

Aksi Hari Wanita 2020: Negara sakit, wanita bangkit!

KUALA LUMPUR - 8 MAC 2020: Ketika negara kita sedang dilanda krisis politik yang disebabkan oleh perebutan kuasa antara golongan elit politik, ekonomi yang semakin merudum, krisis iklim yang semakin serius dan ancaman penularan wabak berjangkit COVID-19 terhadap kesihatan awam, wanita turun ke jalanan untuk mengetengahkan isu rakyat yang tidak diendahkan golongan elit politik-ekonomi yang … Continue reading Aksi Hari Wanita 2020: Negara sakit, wanita bangkit!

5 pekerja pembersihan dapat pampasan ganti notis pemberhentian kerja selepas 9 bulan

5 orang pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tanpa notis pada bulan Mei tahun lepas, telah berjaya menyelesaikan kes di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 26 Februari 2020, dengan mendapat sejumlah RM13,750 sebagai bayaran ganti notis untuk semua pekerja ini. Penyelesaian secara luar mahkamah ini dicapai setelah rundingan antara 5 orang pekerja pembersihan tersebut dengan … Continue reading 5 pekerja pembersihan dapat pampasan ganti notis pemberhentian kerja selepas 9 bulan

Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran

Kuala Lumpur - 10 Januari 2020: Satu aksi protes anti-perang telah diadakan pada hari ini di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap ancaman perang oleh AS ke atas Iran dan Timur Tengah. Protes yang dipanggil oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam tempoh masa hanya satu hari ini telah … Continue reading Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran