Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

KUALA LUMPUR – 31 MAC 2021: Masyarakat sivil di Malaysia menyatakan bantahan mereka dengan jelas terhadap keganasan yang dilakukan oleh pemerintah tentera Myanmar ke atas rakyat Myanmar yang berprotes secara aman untuk menuntut demokrasi. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Kedutaan Myanmar pada hari ini melalui penyerahan memorandum yang disokong oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil dan komuniti … Continue reading Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

Aktivis disoal siasat polis kerana Himpunan Tuntut Undi 18

KUALA LUMPUR – 30 MAC 2021: Beberapa orang aktivis yang menyertai aksi Himpunan Tuntut Undi 18 pada 27 Mac 2021 di hadapan Bangunan Parlimen telah dipanggil untuk menghadirkan diri ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari ini untuk disoal siasat oleh polis. 6 orang aktivis telah hadir ke IPD Dang Wangi pada hari … Continue reading Aktivis disoal siasat polis kerana Himpunan Tuntut Undi 18

PSM berkonvoi sambut Hari Wanita Antarabangsa 2021

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan kempen konvoi kereta pada 7 Mac 2021 bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa, dengan membawa tuntutan-tuntutan berkenaan dengan hak kesamarataan wanita. Oleh sebab negara kita masih dibelenggui penularan wabak COVID-19, PSM telah menggunakan cara alternatif untuk menyambut hari yang penting ini dengan mengadakan konvoi kereta di sekitar Lembah Klang … Continue reading PSM berkonvoi sambut Hari Wanita Antarabangsa 2021

Perlindungan sosial lebih meluas diperlukan untuk selamatkan keluarga miskin daripada belenggu COVID-19

(sumber gambar: UNICEF Malaysia) Penularan wabak COVID-19 telah membawa impak yang besar kepada kehidupan masyarakat kita, dan yang paling terjejas ialah golongan berpendapatan rendah. Sebuah kajian yang dilakukan secara bersama oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) mendapati bahawa keadaan sosio-ekonomi separuh daripada isi rumah berpendapatan rendah di … Continue reading Perlindungan sosial lebih meluas diperlukan untuk selamatkan keluarga miskin daripada belenggu COVID-19

Pekerja operator mesin hilang jari dapat pampasan pemberhentian kerja

KUALA LUMPUR - 20 November 2020: Mahkamah Buruh di Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam satu keputusan yang dibuat pada hari ini, memerintahkan syarikat HL Hub Li Engineering Works untuk membayar sebanyak RM22,000 kepada bekas pekerjanya Sarkunum Veloo sebagai penyelesaian untuk pampasan pembuangan kerja. Sarkunum ialah seorang operator mesin yang mengalami kemalangan di … Continue reading Pekerja operator mesin hilang jari dapat pampasan pemberhentian kerja

Lelong rumah diberhentikan selepas protes di hadapan ibupejabat bank RHB

KUALA LUMPUR - 24 SEPTEMBER 2020: Aktivis-aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan Angamuthu a/l Munusamy, seorang peminjam wang daripada bank RHB, berprotes di hadapan ibupejabat bank RHB di Kuala Lumpur pada hari ini, untuk menggesa pada pihak bank RHB untuk menghentikan proses pelelongan rumah. Pelelongan rumah telah ditangguhkan selepas protes ini. Angamuthu a/l Munusamy, seorang … Continue reading Lelong rumah diberhentikan selepas protes di hadapan ibupejabat bank RHB

Persoalan undang-undang: Adakah pemecatan Kohila bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

Pada 9 September 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendengar permohonan oleh pihak Bank Negara di bawah Aturan 33 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk membicarakan sama ada Kod Etika Bank Negara selari dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak, dan adakah klausa-klausa yang digunakan untuk memecat Y. Kohila bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hujah Bank Negara dibentangkan oleh peguam … Continue reading Persoalan undang-undang: Adakah pemecatan Kohila bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai

KUALA LUMPUR - 7 SEPTEMBER 2020: Wakil masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Pahang, bersama dengan aktivis-aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Kuala Lumpur pada hari ini. Wakil daripada perkampungan Orang Asli Pos … Continue reading Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai