Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

5 orang aktivis telah dipanggil oleh polis untuk disoal siasat berkaitan dengan penglibatan mereka dalam aksi sambutan Hari Pekerja yang diadakan pada 1 Mei 2021 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Walaupun sudah diberitahu bahawa jangan mengadakan rakaman percakapan di balai polis untuk sementara waktu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi pihak polis masih mengkehendaki 5 orang aktivis tersebut untuk hadir secara fizikal ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 10 Mei 2021 bagi tujuan pengambilan keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

5 orang aktivis tersebut ialah S. Arutchelvan (Timbalan Pengerusi PSM), A. Sivarajan (Setiausaha Agung PSM), Nik Aziz Afiq bin Abdul (Ketua Pemuda Sosialis PSM), E. Nalini (aktivis hak asasi manusia) dan Wong Yan Ke (aktivis sosial). Menurut Arutchelvan, mereka menerima notis beberapa hari yang lalu tetapi tidak diberitahu di bawah sekyen apa dalam akta apa mereka disiasat. Walau bagaimanapun, adalah dipercayai mereka disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebelum itu, pada sebelah pagi hari yang sama, 6 orang aktivis juga dipanggil untuk diambil rakaman percakapan oleh polis di IPD Dang Wangi berkenaan dengan perhimpunan solidariti di hadapan IPD Dang Wangi pada 24 April 2021 semasa Fahmi Reza ditahan polis. 3 orang daripada 6 orang itu juga dipanggil untuk disoal siasat pada sebelah petang berkenaan dengan aksi himpunan Hari Pekerja.

Aksi sambutan Hari Pekerja anjuran Jawatankuasa Mei Satu telah diadakan pada 1 Mei 2021 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dengan menyedari keadaan penularan wabak COVID-19 yang membimbangkan, pihak penganjur tidak mengadakan aksi perhimpunan besar-besaran, tetapi hanya menganjurkan satu aksi simbolik dan menyiarkannya secara langsung melalui laman media sosial. Peserta-peserta aksi mengamalkan tatacara pengendalian piawai (SOP) secara ketat bagi pencegahan wabak sepanjang program yang berlangsung tidak sampai sejam itu. Program yang simbolik tersebut berjalan dengan lancarnya, dan pihak polis yang berada di Dataran Merdeka pada masa itu juga tidak memberi apa-apa halangan kepada peserta-peserta aksi. Aksi sambutan Hari Pekerja yang serupa juga diadakan pada hari yang sama di Ipoh, Johor Bahru, Seremban dan Georgetown.

Arutchelvan berpandangan bahawa tindakan polis melakukan siasatan terhadap aksi sambutan Hari Pekerja ini merupakan intimidasi yang berterusan terhadap aktivis-aktivis dan sedang membazirkan wang rakyat pada ketika negara kita sedang menghadapi kegawatan ekonomi. “Sekiranya perhimpunan itu menimbulkan kekecohan dan terdapat orang awam membuat aduan, maka polis patut menyiasat. Namun, di sini polis sendiri yang membuat aduan polis dan menyiasat aduan mereka sendiri,” Arutchelvan berkata, “Polis sedang membazirkan dana awam. Saya berpendapat bahawa Ketua Polis Negara baharu harus melakukan sesuatu yang baharu. Jika tidak, dia hanya sama dengan Ketua Polis Negara yang sebelum ini. Aduan polis terhadap kami ini dibuat oleh polis sendiri, bukannya oleh orang awam. Ini bermakna polis mewujudkan lebih banyak kerja untuk diri mereka sendiri.”

Nik Aziz Afiq yang merupakan salah seorang peserta aksi sambutan Hari Pekerja yang dipanggil untuk rakaman percakapan, juga berkata dalam satu hantaran facebooknya, “Meskipun perkara ini adalah satu perkara yang biasa dan jadi rutin untuk orang macam Arul. Tetapi kita tetap insafi pembaziran masa dan tenaga yang berlaku. Masa dan tenaga anggota polis lebih baik difokuskan pada siasatan jenayah sebenar berbanding hanya untuk satu perhimpunan aman secara tahunan. Masa dan tenaga aktivis dan peguam rakyat juga dapat digunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s