Jangan jadikan Pulau Pinang pengkalan terdepan untuk kemusnahan perkhidmatan kesihatan awam

(Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM Pulau Pinang pada 19 November 2018 berkenaan dengan Deraf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030) Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang amat khuatir dengan Deraf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (DRSNPP 2030) yang masih memasukkan pelancongan kesihatan sebagai langkah untuk pelaksanaan dasar perancangan yang bakal mendatangkan ancaman … Continue reading Jangan jadikan Pulau Pinang pengkalan terdepan untuk kemusnahan perkhidmatan kesihatan awam

Skim insurans kesihatan yang dicadangkan : primum non nocere (paling utama sekali, jangan akibatkan kerosakan)

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Kenyataan-kenyataan daripada Menteri Kesihatan dan Timbalannya dalam 2 bulan kebelakangan ini berkaitan Insurans Kesihatan membuatkan ramai aktivis kesihatan berasa amat khuatir.  Dalam keadaan butiran terperinci berkaitan Insurans Kesihatan yang dicadangkan ini belum lagi didedahkan oleh Kementerian Kesihatan, maklumat yang disaring melalui sumber-sumber yang sahih memberi gambaran bahawa kerajaan sedang merancang untuk … Continue reading Skim insurans kesihatan yang dicadangkan : primum non nocere (paling utama sekali, jangan akibatkan kerosakan)

Caj doktor swasta akan naik 3 kali ganda?

Adalah dilaporkan bahawa cadangan untuk meningkatkan kadar bayaran konsultasi untuk doktor di hospital dan klinik swasta akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet yang akan datang. Menurut Dr. Dzulfefly Ahmad, Menteri Kesihatan, semakan semula kadar caj di hospital dan klinik akan dibincangkan dalam kabinet dulu sebelum keputusan diambil. Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr. Azman … Continue reading Caj doktor swasta akan naik 3 kali ganda?

Cadangan PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Ogos lalu. Memorandum yang ditujukan kepada Menteri Kesihatan Dr. Dzukefli Ahmad ini mengandungi cadangan-cadangan daripada PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam di negara kita. PSM amat mengalu-alukan hasrat Menteri Kesihatan untuk menambahkan bajet Kementerian Kesihatan daripada 2.2% Keluaran Dalam Negara Kasar … Continue reading Cadangan PSM untuk memperbaiki sistem kesihatan awam

PSM serah syor untuk penambahbaikan sistem kesihatan awam

PUTRAJAYA - 29 OGOS 2018: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan penambahbaikan sistem kesihatan awam kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini. Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM), M. Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM), Soh Sook Hwa (Bendahari PSM) dan S. Arutchelvan (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM) telah hadir semasa penyerahan memorandum … Continue reading PSM serah syor untuk penambahbaikan sistem kesihatan awam