Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam

Wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), telah menjadi tumpuan dunia hampir dua bulan kebelakangan ini, dan membunyikan loceng amaran kepada kesihatan rakyat sedunia. Wabak yang bermula dari bandaraya Wuhan di negara China pada bulan Disember 2019 ini, telah merebak ke seluruh negara China dan juga sudah lebih 30 buah negara atau wilayah di peringkat dunia. Pertubuhan … Continue reading Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam

Tangani lambakan graduan perubatan

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menasihati Kerajaan supaya jangan mengurangkan pengambilan pelajar perubatan dalam universiti awam. Menurut laporan akhbar The Star 9/11/2019, ini merupakan salah satu penyelesaian yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis Penasihat Kesihatan untuk menangani masalah lambakan graduan perubatan. Pada tahun 2018, terdapat seramai 1482 orang graduan perubatan daripada universiti awam, 2509 … Continue reading Tangani lambakan graduan perubatan

Belanjawan Persekutuan: Kita perlu fikir di luar kotak

oleh Jeyakumar Devaraj Kebanyakan perbincangan berkenaan dengan pembangunan perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah dalam kerangka yang menerima peningkatan dari 3% ke 6% dalam peruntukan Belanjawan Kesihatan setiap tahun sebagai norma untuk masa hadapan yang boleh dijangka. Para perancang dalam Kementerian Kesihatan dan juga ramai aktivis masyarakat sivil bersetuju bahawa adalah tidak munasabah untuk meminta peruntukan … Continue reading Belanjawan Persekutuan: Kita perlu fikir di luar kotak

Hentikan tragedi kematian pekerja migran di Malaysia

Pendedahan dalam satu laporan baru-baru ini yang menyatakan ramai pekerja Bangladesh mati di negara kita – 2 kematian setiap hari, 96 orang mati dalam bulan Januari 2019 sahaja, dan jumlah kematian yang berlipat ganda sejak tahun 2012 – adalah mengejutkan dan tidak boleh diterima langsung sebagai sesuatu yang sepatutnya berlaku. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru … Continue reading Hentikan tragedi kematian pekerja migran di Malaysia

MySalam salurkan keuntungan lumayan kepada Great Eastern! – Surat terbuka kepada Tun Mahathir

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Kepada Tun Dr. Mahathir, Lebih kurang tiga minggu yang lalu, seorang pemandu lori berumur 48 tahun dengan penyakit kanser usus besar peringkat 4 datang berjumpa dengan saya kerana dia mengalami masalah kewangan. Dia merupakan satu-satunya pencari nafkah untuk keluarganya dan kewangan keluarganya berada dalam keadaan mencemaskan sejak diagnosisnya lebih kurang 2 … Continue reading MySalam salurkan keuntungan lumayan kepada Great Eastern! – Surat terbuka kepada Tun Mahathir

Skim MySalam harus dikaji semula – Jangan serahkan tanggungjawab kerajaan kepada syarikat insurans

PUTRAJAYA – 20 MAC 2019: Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan kumpulan masyarakat dan individu-individu yang prihatin pada isu kesihatan awam, telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Jabatan Perdana Menteri berkenaan dengan pelaksanaan skim MySalam, iaitu insurans kesihatan untuk golongan B40. Lebih 40 organisasi dan individu yang menyokong memorandum tersebut telah menyeru pada … Continue reading Skim MySalam harus dikaji semula – Jangan serahkan tanggungjawab kerajaan kepada syarikat insurans

Sumbangan dana RM2 bilion Great Eastern kepada Skim mySalam itu derma atau skandal?

SEMENYIH, SELANGOR – 19 FEBRUARI 2019: Parti Sosialis Malaysia (PSM) membangkitkan isu skim insurans kesihatan mySalam yang sebenarnya hanya menguntungkan syarikat korporat dan mengancam kesihatan awam negara kita, dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini di Semenyih bersempena kempen Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih. Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, … Continue reading Sumbangan dana RM2 bilion Great Eastern kepada Skim mySalam itu derma atau skandal?

Skim insurans MySalam timbul keraguan: PSM saran kerajaan jangan galakkan perkembangan sistem insurans kesihatan

PUTRAJAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kewangan pada 24 Januari 2019, untuk mengemukakan cadangan PSM berkenaan dengan wang RM2 bilion yang diberikan oleh syarikat insurans Great Eastern bagi pembiayaan perkhidmatan kesihatan. Rombongan PSM diketuai oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM. Menurut Dr. Jeyakumar, PSM khuathir bahawa penghijrahan doktor … Continue reading Skim insurans MySalam timbul keraguan: PSM saran kerajaan jangan galakkan perkembangan sistem insurans kesihatan

Kerajaan perlu lindungi sistem kesihatan awam

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan anggota-anggota Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pada 15 November 2018 untuk menyampaikan pandangan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh sistem kesihatan awam di negara kita, termasuk penghijrahan doktor pakar dari sektor awam ke swasta, skim insurans kesihatan sosial yang bermasalah, … Continue reading Kerajaan perlu lindungi sistem kesihatan awam