Rumah berharga RM250,000-300,000 bukan mampu milik, jangan perdayakan rakyat daripada realiti sebenar

oleh A. Sivarajan Seruan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk mengekalkan dasar yang sedia ada dalam membina rumah mampu milik bagi para penjawat am, sekali lagi membuktikan bahawa rumah yang dikatakan mampu milik ini sebenarnya bukan mampu milik. Presiden CUEPACS Azih Muda juga menambah bahawa … Continue reading Rumah berharga RM250,000-300,000 bukan mampu milik, jangan perdayakan rakyat daripada realiti sebenar

Mogok Umum Winnipeg 1919

100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919

Bina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM45,000 hingga RM100,000 di Negeri Sembilan

Seremban, Negeri Sembilan: 9 Mei 2019 yang lalu merupakan ulangtahun pertama perubahan pemerintahan di peringkat Persekutuan dan juga di Negeri Sembilan. Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menjalankan Jelajah Kempen “Turunkan Harga Rumah Sekarang” di Negeri Sembilan pada hari itu, ingin mengingatkan pada Kerajaan Pakatan Harapan tentang keperluan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Setelah … Continue reading Bina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM45,000 hingga RM100,000 di Negeri Sembilan

Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar dapat selamatkan kerja mereka

IPOH, PERAK: 7 orang ibu yang juga merupakan pekerja pembersihan, telah membuat aduan polis di Balai Polis Ipoh, pada Hari Ibu ini, iaitu 12 Mei 2019. Ketujuh-tujuh orang pekerja pembersihan ini bekerja di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Mereka telah dianiayai dan dimangsakan oleh pihak majikan, serta diberitahu akan dibuang kerja pada 15 Mei 2019. Ancaman … Continue reading Pekerja pembersihan Politeknik Ungku Omar dapat selamatkan kerja mereka

Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman

Dari Wawasan 2020 ke Kemakmuran Bersama 2030: Halatuju negara atau retorik kosong?

“Kemakmuran Bersama 2030” diumumkan pada ketika Mahathir menyedari Wawasan 2020 yang diterajuinya sudahpun tidak mungkin tercapai… Dalam perutusan bersempena sambutan satu tahun Kerajaan Pakatan Harapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 9 Mei 2019, memang dipenuhi dengan retorik yang cantik berbunga-bunga, khususnya apabila beliau mengemukakan “Kemakmuran Bersama” sebagai halatuju negara sehingga tahun 2030. … Continue reading Dari Wawasan 2020 ke Kemakmuran Bersama 2030: Halatuju negara atau retorik kosong?

RUU Benih untuk kepentingan korporat atau petani?

oleh Sharan Raj PSM difahamkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Tani dalam proses menggubal satu rang undang-undang (RUU) baru untuk mengawal dan menangani pengedaran haram benih. PSM risau bahawa RUU Benih tersebut akan mendatangkan implikasi negatif kepada petani tempatan. PSM khuatir bahawa Rang Undang-undang benih ini akan membuka ruang kepada syarikat-syarikat komersial pertanian (agri-bisnes) untuk … Continue reading RUU Benih untuk kepentingan korporat atau petani?

Notis 13 Mei untuk Ladang Bukit Jalil

oleh S. Arutchelvan  Notis Merah Pada 6 Mei 2019, notis merah dilekatkan di struktur lama Sekolah Tamil Ladang Bukit Jalil. Notis daripada Pihak Berkuasa Tanah Wilayah Persekutuan memberikan sehingga 13 Mei untuk kosongkan bangunan itu. Pada 7 Mei 2019, dua buah kereta yang membawa anggota daripada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sekali lagi memberikan … Continue reading Notis 13 Mei untuk Ladang Bukit Jalil

Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

Setahun yang lalu, pada 9 Mei 2018, Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan dan sejarah baru tercipta untuk tanahair kita, apabila berlakunya perubahan rejim yang pertama di peringkat Persekutuan selepas lebih 6 dekad. UMNO-Barisan Nasional menerima kekalahan yang paling teruknya dalam sejarah pilihanraya dan kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan, di samping kecundang di negeri-negeri seperti Kedah, … Continue reading Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat